Tanpa Kenal Lelah dan Jemu..Sampaikanlah Firman TuhanMU

Friday, November 20, 2009

MENCARI atau MENJADI

سبحاناللة الحمداللة اللةاكبر


“Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya”, kata seorang mahasiswi.

“Ana memang tidak sebagus Ali, sebab itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak mem'Fatimah'kan seorang yang tidak Fatimah!”, tegas seorang mahasiswa.

Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatkannya?

Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya?

Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumahtangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah.

Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi? Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Sebelum berkahwin, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!

Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan. Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.

Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah, kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan,berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.

"BERKATA NUH: YA TUHANKU, JANGANLAH ENGKAU TINGGALKAN DI ATAS BUMI SEORANG PUN DI ANTARA KAUM KAFIRIN. SESUNGGUHNYA YA ALLAH, JIKA ENGKAU TINGGALKAN MEREKA, NESCAYA MEREKA AKAN MENYESATKAN HAMBA-HAMBA-MU, DAN MEREKA TIDAK MELAHIRKAN ANAK MELAINKAN ANAK YANG DERHAKA DAN KAFIR." [NUH:26-27]


YA TUHAN KAMI, LIMPAHKANLAH KESABARAN KE DALAM HATI KAMI DAN TETAPKANLAH LANGKAH KAMI, KUATKANLAH KAMI DAN TOLONGLAH KAMI MENENTANG KAUM YANG KAFIR ITU...AMIN...


jika diri diterima kerana kelebihan,
kau akan kecewa melihat kekurangan,
jika diri diterima kerana kecantikan,
kau akan bosan bila ia beransur hilang,

jelaskanlah niat dan matlamat,
menerima kerana agama,
baru hidup beroleh berkat
bahagia hingga kesyurga

kita 2 insan berbeza
ada cita & cinta yang sama
jadilah dirimu sebenarnya
terima diriku seadanya

berjanjilah.. dengan kemuliaan dirimu
kenalkan aku dan generasiku
kepada penciptamu


SUMBER ASAL DRPD blog satu persinggahan

Sultan Muhammad Al-Fateh

سبحاناللة الحمداللة اللةاكبر



Sultan Muhammad Al-fateh..sesosok figur pilihan, untuk para pejuang..Beliau dilahirkan pada 27 Rejab 835 Hijriah bersamaan 29 Mac 1432 M dan mangkat pada 3 Mei 1481.Ketika berumur 19 tahun beliau menaiki takhta menggantikan ayahnya Sultan Murad..dan ketika berumur 21 tahun baginda berjaya menawan kota konstantinopel (kini dinamakan istanbul) pada 29 Mei 1453M bersamaan 20 jamadil awal 857 H.. Akhirnya hadis nabi tetap terealisasi walaupun setelah 800 tahun berlalu.....



"sesungguhnya kami telah memberikanmu kemenangan yang nyata''
surah
al-fath ayat 1


Baginda bersabda: "konstantinopel hanya akan jatuh ditangan sebaik-baik raja,
sebaik-baik tentera, dan sebaik-baik rakyat."


"tidaklah kami pernah melihat ataupun
mendengar hal ajaib seperti ini.
Muhammad Al-fateh sudah menukar darat jadi lautan,
melayarkan kapal dipuncak gunun
g dan bukannya di ombak lautan.
sesungguhnya usahanya telah mengatasi Alexader The Great
Ahli sejarah Bezantyine


dalam salah satu kempen semasa zaman kerajaan Umayyah, seorang
sahabat baginda S.A.W iaitu Abu Ayub Al-ansari, syahid dan dimakamkan di bawah
dinding kubu kota konstantinopel atas wasiatnya sendiri.
Apabila ditanya mmengapa beliau mahu dimakamkan disitu,
beliau menjawab " Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda
sebaik-baik raja yang mengetuai sb
aik-baik tentera semasa
mereka membebaskan konstantinopel"



Dimana ku cari pemuda kahfi
terasing demi kebenaran hakiki
dimana jiwa pemuda badar berani
menoreh nama mulia perkasa abadi
dimana kutemui Muhammad Al-fateh abad ini
menjulang tinggi panji-panji islami..
tak dapat ketemuinya..
melainkan ku semai jiwa-jiwa ini
dalam diri sendiri..

Buat Orang Muda

سبحاناللة الحمداللة اللةاكبر

Punya cerita duka,
Punya cerita luka,
itulah namanya
arca manusia
punya hati suka

namun sakit saat terluk
a
itulah namanya jiwa manusia
mengukir saat bahagi
a
menancap waktu sengsara
itulah takdir cinta yang esa
takdir itu mana mungkin menzalimi

tetapi itu tarbiah Ilahi
Suka duka,Sengsara bahagia

nikmat tuhan buat sang hamba
cuma manusia harus celik m
enilainya
Buat orang muda
acara kamu masih menunggu puncaknya
walau terkadang salah bicara, namun DIA tetap cinta,
walau terkadang sa
sar gayanya
DIA tetap menunggu dirimu berbicara

b
icara antara kamu dan DIA
bicara cinta agung yang pasti tiada taranya
berbahagialah orang muda
yang pasti tahu datang dan perginya
hanya disisi tuhan yang esa

KISAH MAMALI




Tanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman di bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam sejarah tanah air. Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar oleh pihak pemerintah daripada regim Barisan Nasional untuk melakukan aksi penangkapan ke atas seorang tokoh ulama’ yang bersama di dalam Gerakan Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Beliau yang mesra dengan panggilan Ust. Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud merupakan pendakwah tanah air yang sebelumnya pernah berkhidmat bersama Pusat Islam Malaysia. Beliau yang telah sekian lama bersama PAS akhirnya mengambil keputusan meninggalkan Pusat Islam bagi meluaskan lagi ruangnya memberikan perkhidmatan kepada Parti Islam walaupun khidmatnya sangat diperlukan oleh Pusat Islam sehingga beliau pernah dii’tiraf sebagai pendakwah terbaik.

Dengan suaranya yang lantang dan tegas menghadapi kezaliman-kezaliman pihak pemerintah ketika itu yang diketuai oleh Perdana Menteri Tun.Dr Mahathir bin Mohamad, setiap majlis-majlis pidatonya pasti dihadiri oleh ribuan pendengar dikalangan penyokong dan pendokong gerakan Islam. Internal Security Act (ISA) yang dikuatkuasakan oleh pemerintah adalah merupakan diantara perkara yang sangat kuat ditentang oleh beliau selain dari sikap pemerintah yang dilihat tidak memandang Islam sebagai ‘Aqidah Negara serta jalan penyelesaian masalah ummah. Ditambah lagi dengan peribadi pemerintah yang dicemari amalan korupsi dan sebagainya membuatkan Ust Ibrahim begitu bersungguh dalam memberi semangat kepada ahli PAS agar berazam untuk membuat perubahan dalam kepimpinan Negara.

Sokongan dan dokongan kuat dari ribuan umat Islam di Malaysia yang mencintai perjuangan Islam menjadi ‘mimpi ngeri’ kepada pihak pemerintah. Ianya begitu menakutkan mereka yang mengimpikan kekuasaan dapat dipegang selama-lamanya. Akhirnya, pelbagai tuduhan, fitnah dan label-label jahat dilemparkan kepada PAS khasnya Ust. Ibrahim Libya. Alasan-alasan dicipta bagi membolehkan pihak pemerintah dengan mudah menangkap Ust. Ibrahim. Kerjasama antara pemerintah dengan pihak keselamatan mula dilakukan dengan hebat.

Menjelang operasi penangkapan, Kg.Memali dipantau dan dikepung hampir seminggu lamanya. Pertambahan bilangan anggota keselamatan dari sehari ke sehari persis ingin menghadapi satu bala tentera musuh yang besar atau pengganas yang sangat merbahaya yang diperlukan segera. Cerita-cerita karut yang direka mengenai kegiatan Ust. Ibrahim dan pengikutnya di Kg. Memali disiarkan di dada akhbar bagi mengelabui mata orang awam. Ust. Ibrahim yang istiqamah mengajar anak-anak muridnya dikalangan orang tua dan anak muda di Madrasah yang dibinanya dimaklumkan mengajar fahaman salah dan sesat. Semuanya berlaku dalam tempoh menjelang operasi.

Sangat dahsyat. Tanggal 18 Nov 1985, hampir segenap penjuru kampung telah terkepung, dibimbangi ada sasaran yang terlepas keluar. Penduduk Kg. Memali yang begitu setia bersama guru mereka terus bermunajat kepada Allah memohon keselamatan dan bantuan. Persiapan persenjataan ala kadar dengan senjata ‘orang kampung’ disediakan kerana bagi mereka mempertahankan diri dan nyawa yang diancam adalah satu kewajipan yang sangat besar. Namun apalah sangat dengan senjata ‘orang kampung’ berbanding pihak pemerintah yang mengahantar bala tentera dengan kelengkapan seolah-olah menghadapi peperangan yang besar. Berpuluh-puluh kereta perisai disediakan, lori water canon, gas pemedih mata, senjata, pelbagai jenis polis disediakan termasuk Pasukan Polis Hutan dan segala macam kelengkapan lain.

Anggota polis berpecah kepada dua kumpulan akibat berlainan maklumat yang diterima mengenai siapa sasaran dalam operasi ini. Ada yang mendapat maklumat, mereka akan menggempur perkampungan saki baki Komunis dan ada yang mendapat maklumat mereka akan menghadapi kumpulan pemberontak kerajaan. Namun, atas arahan dari pemimpin tertinggi pasukan polis yang mesti ditaati, mereka akur juga walaupun ada yang mengetahui bahawa dihadapan mereka bukanlah Komunis. Selepas kejadian, maklumat diterima bahawa pada malam serangan ingin dilakukan iaitu malam 18 Nov tersebut, sebahagian anggota polis bersuka ria dan berpesta besar di sebuah balai polis di Negeri Kedah. Antara anggota polis yang terlibat didalam operasi ini termasuklah dikalangan mereka yang bukan beragama Islam.

Antara watak utama dibelakang operasi yang disebut ‘Ops Komunis’ ini, Musa Hitam (Tim.PM), Dato’ Yahya Yeop (pemimpin tertinggi Polis Negeri Kedah) dan Dr.Mahathir sendiri . Mereka inilah yang memainkan peranan utama bagi memastikan tertangkapnya Ust Ibrahim Libya pada tarikh tersebut.

Keesokannya harinya, tanggal 19 Nov 1985, selesai Solat Subuh, Ust Ibrahim terus memberikan taujihat penuh bermakna kepada para pendokong perjuangan yang terdiri dikalangan anak-anak muridnya yang setia dengan majlis-majlis ilmu beliau. Antara lain, beliau mengingatkan kepada ahli jama’ah supaya jangan ada yang lari dari perjuangan yang sedang dihadapi ini serta menyebut mengenai kelebihan mati syahid. Seluruh ahli jama’ah semakin kuat azam dan tekad untuk tidak menyerahkan Ust Ibrahim kepada pihak pemerintah. Mereka rela mati demi mempertahankan As-Syahid.

Antara mereka yang rapat dengan Ust Ibrahim ialah Sdr. Yusuf Husein dan Pak Teh Mat Piah (sudah meninggal). Mereka inilah antara yang kerap melakukan rundingan dengan pihak keselamatan pada hari tersebut agar mengelakkan berlakunya pertumahan darah khasnya orng ramai. Namun, Ust Ibrahim tegas dengan pendiriannya untuk tidak menyerahkan dirinya kepada kerajaan yang zalim kerana baginya, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan atau jenayah. Tugasnya hanya memberi nasihat kepada pemerintah yang begitu kuat menganut fahaman Nasionalisme dan Sekularisme yang bertentangan dengan Islam.

Berita kehadiran anggota polis untuk menangkap Ust Ibrahim akhirnya berjaya dihidu oleh pasukan tentera Malaysia yang berada di Negeri Kedah. Bahkan dikalangan mereka juga terdapat anggota-anggota yang sering mengikuti pengajian-pengajian agama daripada Ust Ibrahim. Beberapa orang dikalangan mereka akhirnya bergegas ke Kg. Memali dan memberikan peringatan kepada pasukan polis agar mengelakkan serangan. Dengan bilangan mereka hanya beberapa orang membuatkan pihak polis tidak mempedulikan. Dikalangan anggota tentera ini ada yang menyebut, “ingat ! hari ini hari kamu. Boleh jadi satu masa nanti kita akan bertempur.” Lalu mereka meninggalkan tempat tersebut.

Setelah dilihat Ust Ibrahim enggan lagi bertemu mereka, akhirnya orang kampung diberi arahan agar berundur ke belakang. Serangan akan dilancarkan. Namun, untuk menerima arahan tersebut tidak semudah itu. Penduduk kampung yang terdiri dikalangan orang tua, kaum ibu, pemuda, wanita dan anak kecil dengan penuh keberanian melaungkan kalimah ‘Allahu Akbar’ berkali-kali bagi menggerunkan pihak musuh. Parang panjang yang sering digunakan dikebun untuk tugasan harian, digenggam erat bagi menghadapi kemungkinan-kemungkinan. Ibu-ibu dengan parang dan buluh-buluh panjang menghalau pasukan polis. Anak-anak kecil yang masih tidak mengerti apa itu perjuangan menghadapi pasukan polis bersenjatakan parang dan pisau.

Pihak keselamatan yang panik akhirnya melepaskan gas pemedih mata dan water canon ke arah orang kampung yang kukuh berdiri tidak mahu berganjak. Seorang kanak-kanak terkena serangan tersebut lalu pengsan dengan mulutnya yang berbuih. Melihat anak kecil tersebut menjadi mangsa, lantas seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Cikgu Shafi’e nekad untuk melakukan serangan balas. Parang ditangan digenggam dan terus berlari ke arah anggota polis. Subhanallah. Belum sempat parangnya singgah ke tubuh anggota polis tersebut, sebutir peluru terus menembusi dadanya. Cikgu Syafi’e menjadi korban pertama tragedi tersebut.

Jerit pekik penduduk semakin kuat apabila serangan bertalu-talu dari kereta perisai polis dilakukan. Seorang demi seorang tumbang menerima hadiah peluru dari Kerajaan Barisan Nasional. Rumah Ust. Ibrahim dirempuh kasar. Akhirnya peluru menghinggapi juga tubuh ulama’, pendakwah dan pemimpin gerakan Islam ini. Diatas ribaan isterinya, beliau menghembuskan nafas. Beliau sempat bertanya, “abang kena apa?”. Si isteri menjawab, “abang ditembak.”

Menjelang waktu Zohor, hujan renyai-renyai turun membasahi Kg. Memali. Hujan rahmat yang turun sebagai saksi kezaliman pemerintah yang rakus mengahdapi rakyat yang serba kekurangan. Operasi pembersihan dilakukan segera agar bau bangkai jenayah mereka dapat ditutup dari pengetahuan rakyat Malaysia. Mangsa yang terkorban diangkut ke dalam trak-trak polis. Didalamnya turut dimuatkan beberapa ekor anjing buat menemani para syuhada’. Ada penduduk kampung yang tercedera disepak terajang. Mereka menyebut, “ada lagi yang belum mati”. Semua penduduk kampung disumbat ke dalam trak polis untuk dibawa ke balai. Yang cedera dibawa ke hospital. Maklumat dijaga agar tidak sampai kepada media atau orang ramai. Tahanan diugut agar merahsiakan kejadian.

Beberapa hari kemudian barulah mereka dibebaskan. Jenazah dipulangkan semula dengan bilangan korban seramai 14 orang semuanya. Maka bermulalah perbalahan diantara pihak berkuasa agama (Majlis Fatwa Kebangsaan) dengan penduduk. Mereka mendakwa Ust Ibrahim Libya dan 13 yang lain mati sebagai Syuhada’ dan perlu diuruskan sebagai orang mati syahid. Pandangan ini diambil dari tuan-tuan guru di pondok-pondok Negeri Kedah yang melihat bahawa mereka ini mati kerana mempertahankan agama dan nyawa mereka. Bagi pihak berkuasa agama dibawah pemerintah, mereka terus ditekan untuk mendakwa Ust Ibrahim dan lain-lain mati sebagai Bughah (penderhaka kerajaan Islam) dan wajib diurus sebagai orang mati biasa. Penduduk tetap dengan keyakinan mereka. Akhirnya para korban diurus sebagai syuhada’ dengan tidak dimandikan beserta pakaian mereka yang masih basah dengan darah yang terus mengalir walaupun telah beberapa hari ditembak.

Sehingga hari ini, kes ini yang telah beberapa kali dibawa ke mahkamah sunyi sepi tidak berbunyi lagi. Kes yang masih berada di dalam fail mahkamah ini tidak dipedulikan oleh Menteri Penerangan Malaysia (sebelum ini) iaitu Dato’ Zainudin Maidin. Beliau memperalatkan beberapa klip video tragedi Memali ini untuk menyerang PAS sebagai gerakan ekstremis, radikal, militan dan sebagainya selepas pasca 11 Sept 2001 dengan menggambarkan orang PAS menyerang anggota keselamatan. Hari ini, genap 24 tahun tragedi Memali yang meragut nyawa mereka yang tidak bersalah dan mencederakan beberapa anggota polis yang memang mereka ini tidak tahu pun tujuan sebenar dihantar ke sana pada tarikh tersebut. Mereka tidak bersalah.

Bahkan seorang demi seorang orang kampong yang sepatutnya menjadi saksi dimahkamah untuk memfailkan saman kepada kerajaan Barisan Nasional kini telah menghadap Allah s.w.t.

Selepas kejadian tersebut, setiap tahun PAS mengadakan sambutan memperingati Tragedi Memali. Saban tahun juga ada sahaja anggota polis yang secara diam-diam menyalurkan sumbangan kepada PAS, kepada balu-balu syuhada’ dan memohon kemaafan atas kesilapan mereka. Melihat kepada situasi anggota polis yang sangat sedih dan terkilan dengan kejadian ini yang bukan dengan kerelaan mereka dan sangat terharu dengan sambutan memperingati syuhada’ ini , akhirnya atas nasihat dari pimpinan, sambutan yang berjalan beberapa tahun tersebut dihentikan. Wallahua’lam.

Al-Fatihah Untuk Para Syuhada’ Memali

SUMBER ASAL DRPD Blog PURNAMA DARI SELATAN

" KAMI CINTAKAN KEMATIAN,SEPERTIMANA KALIAN CINTAKAN KEHIDUPAN"

KASIH SAYANG



سبحاناللة الحمداللة اللةاكبر
Rasulullah S.A.W mencium Hasan Bin Ali dan disisinya Al-Akra' Bin Habis Tamimi, maka Al-Akra' berkata : "sesungguhnya saya ada 10 orang anak, tapi tidak pernah saya mencium seorang pun daripada mereka"..Maka Rasulullah bersabda : :"sesiapa yang tidak memberi kasih sayang..maka dia tidak akan diberi belas kasihan oleh Allah"

Hadis Riwayat Bukhari,Muslim,
Al-Tarmizi & Abu Daud


Tips untuk kasih sayang :
-Kasihilah kerana Allah kerana itu kasih sejati
-Kasihi dulu kemudian baru di kasihi
-Kasih itu menuntut pengorbanan,tanpa pengorbanan kasih takkan berpanjangan
-Jangan mengharap balasan kerana kasih tidak menuntut balasan..
-Jangan bimbang jika tidak dikasihi, tapi bimbanglah jika tidak mengasihi..


"tidak sempurna iman seorang muslim,sehingga dia
mengasihi saudaranya,sebagaimana dia mengasihi
dirinya sendiri"

PESANAN UNTUK PARA PEJUANG

Assyahid Imam Hasan Al-Banna
Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin Mesir


"kamu adalah satu roh baru yang mengalir dalam urat nadi umat ini,
lantas kamu menghidupkannya dengan al-quran.
kamu adalah satu cahaya baru yang memancar
yang akan menghancurkan kegelapan fahaman kebendaan dengan
mengenal Allah.
kamu adalah suara-suara lantang
yang melaungkan kembali dakwah Rasulullah S.A.W
"wahai ikhwan, hendaklah kalian menjalin hubungan
dengan al-quran setiap saat..
supaya kalian mampu mendapatkan ilmu baru
bila kalian berhubungan dengannya.."
maka rutinkanlah wahai akhi, hubungan dengan Allah ( hablumminallah)
rutinkanlah zikir anda,ketaatan anda
dan perhatian anda kepada Allah.
inilah penyelesaian masalah yang dapat mencemerlangkan jiwa anda
ketika mana ia jatuh kelembah materi"


"tanpa kenal lelah jemu..sampaikan firman tuhanmu"

Pejuang dijalan Allah..bukan sekadar retorik semata-mata
perlu persiapan ilmu & iman..
perlukan hati yang tulus dan ikhlas..
jiwanya perlu sabar atas segala sabar..

Tuesday, November 17, 2009

ini jalanku



سبحاناللة الحمداللة اللةاكبر
Disini langkahku tercipta...
mengenal makna kehidupan sebenar..
mencari hakikat jati diri..
di sinilah permulaanku..
permulaan kehidupan muslim sebenar..
dalam memaknakan islam sebagai satu cara kehidupan..
permulaan ku meneruskan kehidupan sebagai satu perjuangan..
dan disinilah titik tolak aku bertemu cinta terindah..
cinta yang tiada bandingan..

ingin ku datangi setiap jiwa insan..
untuk ku khabarkan..
aku telah merasa cinta itu dan ku mahu berusaha mengekalkannya..
dan aku juga ingin mereka merasainya..
cinta Allah,cinta dakwah & perjuangan...
aku bertemunya di medan ini..
disinilah permulaan jalan hidupku..
perjalanan hidup seorang insan pejuang berjiwa hamba..



Pimpinan 06/o7 : masa ni aku masih lagi pelapis..


teristimewa buat ajk PERPPIS yang dulu kini dan selamanya,khususnya buat sahabat mantan pimpinan 07-08..Rasul, faizal, isa, hanafi, maslin, azizul, arfah, ridwan, k.qas, k.nila,
k.ain,
k.baharia, k.ruhana, maisa, lai ,nunik, mira, may..
untuk penasihat yang juga murabbiku cikgu nasir ,kak mui & umi syuri

sahabat
medan perjuangan ini
adalah medan yang susah dan payah
sesusah medan perang di zaman anbia'
dan anggotanya juga harus gagah
segagah tamadun islam yang gah terjulang

di sinilah permulaan kita untuk membina jiwa
jiwa pembela maruah agama
berbekalkan ilmu berpandukan iman
islam pasti kita merdekakan

hatimu perlu cekal dan tabah
sesabar baginda rasulullah
jiwamu perlu subur dengan taqwa dan iman
sesubur dataran bumi Allah

di medan inilah kita diajar
cintakan kematian
bagai musuh cintakan kehidupan
maka medan inilah tempatnya
kita mengenal cinta Allah,jihad dan perjuangan

pejuang di jalan Allah
kaulah harapan
untuk ummat melihat masa depan
sebagai ulama'..sebagai pejuang
islam pasti kau merdekakan

rinduku pada kenangan dimedan itu
tangis jiwa meratap kenangan
sirna janji pada rabbul 'alamin
sirih pulang ke gagang perjuangan



adaptasi dari buku RINDU BAU POHON TIN