Tanpa Kenal Lelah dan Jemu..Sampaikanlah Firman TuhanMU

Monday, February 28, 2011

Pemergian Erbakan Kehilangan Besar Buat Ummah

Ucapan takziah buat keluarga Prof Dr Necmettin Erbakan, Parti Saedat dan seluruh rakyat Turki atas pemergian tokoh gerakan Islam itu ke rahmatullah kelmarin.

sahabat sekalian,pemergian Necmettin Erbakan (gambar) adalah satu kehilangan besar buat rakyat Turki dan ummat Islam serantau.

kerana beliau adalah merupakan pelopor kepada gerakan Islam di Turki sejak kejatuhan Empayar Othmaniah pada tahun 1924.

Sejak daripada 1924 Turki telah di perintah oleh rejim sekular di bawah Kamal Attartuk di mana Islam hanya menjadi amalan di masjid dan dalam majlis perkahwinan sahaja.

Malah umat Islam yang ingin melaksanakan Islam akan diambil tindakan oleh rejim Attartuk dan perlembagaan Turki sehingga ke hari ini masih menjadikan dasar sekular sebagai tiang kepada sistem Negara mereka yang di payungi oleh tentera.

Namun sejak daripada itu juga,kumpulan-kumpulan Islam tidak berdiam diri untuk memastikan roh Islam dilaksanakan dan dihidupkan semula di Turki.antara pelopor kepada gerakan islam ketika itu adalah Prof Dr Necmettin Erbakan yang menubuhkan Parti Refah pada 1983 dan akhirnya berjaya memenangi pilihan raya umum Turki dan membentuk kerajaan campuran dimana Prof Erbakan dilantik mengetuai kerajaan campuran tersebut dan menjadi Perdana Menteri Turki pada tahun 1996.

Namun, pemerintah dan tentera yang melihat kejayaan Erbakan dalam membawa Turki ke arah era baru Islam mendakwa Erbakan cuba melanggari perlembagaan negara iaitu cuba menghapuskan sistem sekular ke arah Islam menyebabkan akhirnya Parti Refah diharamkan pada 1998 dan Erbakan telah diharamkan dari bertanding pilihan raya.

Namun begitu, Prof Erbakan telah cuba menubuhkan beberapa parti baru namun juga tidak berjaya apabila pihak berkuasa Turki dapat menghidunya.

“Di akhir hayat, beliau berjaya mengasaskan Parti Saedat pada 2001 sebagai alternatif baru kepada rakyat Turki bagi yang cintakan Islam dan keamanan sehinggalah ke akhir hayat beliau kelmarin.

UCAPAN TAKZIAH BUAT KELUARGA BELIAU DAN SELURUH RAKYAT TURKI ..semoga ruh beliau ditempatnya dikalangan mujahidin..sesungguhnya ummat ini menyaksikannya

Tuesday, February 22, 2011

Jika Nabi Muhammad Datang Ke Rumahmu..


Jika Nabi Muhammad datang ke rumahmu,
Untuk meluangkan waktu sehari dua hari bersamamu,
Tanpa khabar apa-apa sebelumnya,
Apakah yang akan kau lakukan untuknya?

Akankah kau sembunyikan buku duniamu,
Lalu kau ganti dengan cepat kitab hadis di rak buku?
Atau akankah kau sembunyikan majalah-majalahmu,
Dan kau hiasi mejamu dengan Qur’an yang berdebu?

Mahukah kau mengajak Nabi berkunjung ke tempat yang biasa kau datangi, tempat shoping, tempat hiburan, tempat melepak, tempat yang hanya mendatangkan kebaikan untuk duniamu.
Ataukah dengan cepat rencanamu itu kau ganti? mahu ke masjid atau ke kuliah-kuliah ilmu??
Akankah kau bahagia jika Nabi memperpanjang kunjungannya,
Atau kau malah tersiksa karena banyak yang harus kau sembunyikan darinya?

Jika Nabi Muhammad tiba-tiba ingin menyaksikan,
Akankah kau tetap mengerjakan perbuatan yang sehari-hari biasa kau lakukan?
Akankah kau berkata-kata seperti apa yang sehari-hari kau katakan?
Akankah kau jalankan sewajarnya hidupmu seperti halnya jika Nabi tidak ke rumahmu?

Sangatlah menarik untuk tahu
Apa yang akan kau lakukan
Jika Nabi Muhammad datang, mengetuk pintu rumahmu....

DPC PKS PIYUNGAN

Tuesday, February 1, 2011

Gelombang Kebangkitan Rakyat Di Tunisia,tidak mustahil akan merebak ke Malaysia

Bermula dengan Revolusi Islam Iran pada 1979, diikuti kebangkitan rakyat Palestin bersama Hamas melancarkan Intifadhah pada 1986, juga kejayaan parti AKP Turki mengambil-alih tampuk pemerintahan negara sekaligus membebaskan rakyatnya dari cengkaman dan fahaman sekular sesat, disusuli kejayaan Hizbullah di Lubnan menghalau tentera Israel pada 2006, dan hari ini kita menyaksikan sendiri kebangkitan rakyat terus berlaku di mana saja. Yang terkini berlaku di Tunisia hingga tergulingnya pemerintahan 23 tahun rejim zalim Presiden Zine El Abidine Ben Ali. Tanpa diduga revolusi di Tunisia ini telah menular ke Timur Tengah dengan pantas.


Mohamed Bouazizi telah bertindak membakar dirinya di luar bangunan pejabat majlis perbandaran sebagai protes di atas segala bentuk kezaliman pihak berkuasa terhadap dirinya sejak zaman kanak-kanak lagi.

Di Tunisia, segala-galanya bermula apabila seorang pemuda terpelajar yang menganggur sedang menjual barangan tanpa mempunyai permit, lalu dia ditahan polis dan barangannya dirampas. Pemuda ini bertindak membakar diri kerana membantah dan dia akhirnya meninggal dunia. Permulaan inilah yang memercikkan api kebangkitan rakyat yang menukar lanskap politik Tunisia.


Peniruan perbuatan ini berlaku di Mesir dan di Algeria, apabila saorang anak muda di Mesir dan di Algeria cuba membakar diri masing-masing sebagai tindakan memprotes situasi politik dan ekonomi di kedua buah negara umat Islam itu. Ia menandakan bahawa rentetan tragedi berdarah di Tunisia menyeberangi melampaui sempadan Tunisia, mengheret seluruh Jazirah Arab.

Dilaporkan demonstrasi luarbiasa ini adalah antara yang terbesar pernah berlaku di Mesir sejak himpunan rakyat 2003 menentang perang Iraq dan himpunan menuntut pilihanraya bebas dan reformasi masyarakat.

Kuasa rakyat berjaya menumbangkan pemerintahan Ben Ali selama 23 tahun. Ben Ali memerintah secara autokratik sejak rampasan kuasa tanpa menumpahkan darah pada tahun 1987. Regim Ben Ali selama pemerintahannya menyekat aktiviti politik pembangkang dan ramai penentang-penentang politiknya dipenjarakan.

Namun, perlu diingat bahawa rakyat Tunisa telah menumbangkan Kerajaan Tunisia yang dipimpin oleh Zine el Abidine Ben Ali bukannya menumbang sistem pemerintahan sekular. Kerajaan sekular harus dihancurkan dengan melumatkan sistemnya bukannya individunya.

Pada 7 November 1987, bersama rakyat dan tentera, Jeneral Ben Ali menjatuhkan Presiden Habib Bourguiba, seorang sekularis-nasionalis yang berjuang menuntut kemerdekaan daripada Perancis. Walaupun Habib Bourguiba tumbang, sistem sekular tetap utuh di bawah Ben Ali.





Kebangkitan ini dengan demonstarsi besar-besaran rakyat memenuhi jalanraya berlangsung di Tunisia. Mesir. Algeria, Kuwiat, Jordan dan lain-lain negara umat Islam. Ia fenomena yang membimbangkan negara-negara diseluruh Semenanjung Arab.

Revolusi Mesir yang bermula pada selasa lalu juga dijangkakan mampu menumbangkan Mubarak,Diktator yang memerinyah Republik itu dari 1981,jika ia diteruskan beberapa hari lagi,Protes di Mesir di gelar hari kemarahan kini berlangsung di 11 dari 28 wilayah di negara dengan 28 juta orang penduduk.Rakyat Mesir dihimpit kemiskinan tegar,kadar pengangguran yang begitu tinggi dan Serta rasuah kronik yang sepanjang pemerintahan sang diktator itu,di anggar mempunyai harta AS$ 40 bilion (RM120 Bilion) sedangkan 22% rakyatnya miskin tegar.

Negara-negara ini bimbang teori domino bakal berlaku. Selepas Tunisia akan muncul kebangkitan rakyat di negara mereka. Reaksi dari kebangkitan di Tunisia dan mesir mulai di rasai di Kuwiat, Algeria, Jordan apabila rakyat negara-negara ini berhimpun berdemonstrasi menggerakkan perjuangan kebangkitan rakyat.

Hakikat yang perlu disedari ialah bahawa tiada mana-mana kuasa pemerintahan yang akan bertahan sampai bila-bila kecualilah kekuasaan kerajaan Allah SWT. Apatah lagi sekiranya pemerintah itu bertindak zalim terhadap rakyat dengan menafikan hak rakyat, sekaligus menidakkan peluang rakyat dalam sesebuah negara untuk membuat perubahan melalui demokrasi yang adil.

Dari peringkat global, sama-sama kita menyoroti realiti fenomena kebangkitan Islam di kampus suatu ketika dahulu. Di kampus universiti tempatan gerakan mahasiswa Islam mempunyai jaringan pengaruh yang kuat termasuk menguasai MPP di beberapa buah kampus universiti. Fenomena kebangkitan Islam sangat ketara di kampus universiti tempatan sehingga digelar sebagai 'fenomena pondok' apabila pemimpin-pemimpin kampus mengenakan ketayap dan berserban dalam penampilan manakala trend bertudung labuh, memakai purdah sangat popular kepada mahasiswi.

Gerakan mahasiswa Islam di kampus telah membentuk jaringan mereka yang dikenali Gabungan Mahasiswa Se-Malaysia(GAMIS) pada tahun 1990 yang dipimpin oleh Yusuf Abdullah, Presiden PMIUM dan mempunyai reputasi yang baik dalam memperjuangkan isu-isu dalam dan luar negara. Kehadiran GAMIS dalam persada politik dan dakwah pelajar telah berjaya mengisi kelompongan radikalisme pelajar.

Ayuhhh, kembalikan zaman kegemilangan pemerintahan mahasiswa Islam di kampus seluruh Malaysia.

Jika rakyat Tunisia boleh melakukannya dan rakyat Mesir telah bangkit, mengapa kita tidak?

"Tegakkanlah negara Islam dalam hati kamu, nescaya ia akan tegak berdiri di atas bumi negara kamu"

*ABDUL RAZAK B. OOMAR
NAIB PRESIDEN (KORPORAT & PENGANTARABANGSAAN)
(LAMAN GAMIS)