Tanpa Kenal Lelah dan Jemu..Sampaikanlah Firman TuhanMU

Thursday, May 10, 2012

Itu Anak Pakcik, Ya Akhi!

Bukan sekali dua.
Sering benar saya ditanya dengan soalan yang sama. Seperti bermusim.
Jika di tahun 2010 saya didatangi soalan-soalan berkisar tentang suami yang bosan dengan isteri di kalangan mahasiswa dan mahasiswi yang berumahtangga semasa belajar, terkini saya dihujani pertanyaan, “bolehkah seorang akhi meminang seorang ukhti tanpa membabitkan bapa ukhti berkenaan kerana si akhi belum bersedia?”

Wednesday, May 2, 2012

3 mei 2012.. genap umur 22 tahun, kiranya 22 tahun saya hidup dan menghirup udara yang Allah berikan. Terima Kasih Allah, kerana sudi memberikan ruang dan peluang untuk hamba hidup,Terima Kasih juga kepada sahabat-sahabat yang mengingati diri ini dengan doa. 'sesungguhnya ukhwah seorang saudara itu adalaha didalam doa'.  Mengingatkan kalam kekasih Allah ''Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka”. soalnya saya dan anda di kedudukan yang mana..

     Ya Allah, dikesempatan ini, kumohon anugerahkanlah aku hati yang mencintaiMU..sehebat cintaMU pada hamba-hambaMU walau hanya secebis cuma..