Tanpa Kenal Lelah dan Jemu..Sampaikanlah Firman TuhanMU

Wednesday, April 23, 2014

Wawasan




Kau tau kawan
Bahawa orang yang tiada wawasan
maka ibarat dia menembak tanpa sasaran,
kau tau bila seseorang itu menembak tanpa sasaran,
apa yang dia akan dapat?
dia tak akan mendapatkan apa-apa,
melainkan hanya kosong sahaja.


Kau tau kawan
manusia yang tiada wawasan,
hidupnya seperti haiwan
kau tau kenapa ku bilang seperti haiwan?
kerana haiwan itu hidup untuk memikirkan perut dan kepentingannya sendiri,
tanpa dia mau ambil tau hal orang lain

kawan..
hiduplah kau dengan wawasan
wawasan yang dapat memberi manfaat buat orang
berjalanlah kau bersama impian
impian yang buatmu sentiasa gemilang
agar kau tak terhinakan.

Ratna Safitri
Ukm Bangi

Tuesday, April 15, 2014

masa hadapan

Masa hadapan
Suatu masa yang aku sendiri tidak pasti
Ada peristiwa apa padanya
Gembirakah?
Dukacitakah?
Terkadang buat diri jadi debar
Cuma yang aku percaya 
sebagai seorang muslim
Hari ini yang direncanakan dengan baik
Pasti akan menghasilkan masa hadapan yang baik.
Kalau pun tidak..
pasti ada perkara baik yang dirancangkan buatku.
ya...aku percaya

Ratna Safitri
Ukm Bangi

Monday, April 14, 2014

Diriku Untuk Sebuah Cita-Cita




                       Hampir 2 bulan menjadi pelajar sarjana,yang pasti cabaran lagi berganda berbanding semasa degree dahulu.kena rajin membaca dan buat analisis apatah lagi bidang yang ku ambil adalah bidang 'killer(kata orang la).

                    Rupanya ambil sarjana sentiasa buat aku rasa berdebar.Entah kenapa.

ketika aku menapak kedunia pengajian
aku perlu sedar..
bahawa pengajian ini bukan untuk mengharap gaji besar,
rumah besar,kereta besar,
tapi biarlah pengajian ini,
dapat menyumbang kepada pembangunan manusia,
saat kebanyakan orang tidak kelihatan seperti manusia.
menjadi manusia yang memanusiakan manusia..

Bila ku fikir semula impian ini,ya..baru ku sedar,diriku ini adalah untuk sebuah misi dan cita-cita. perkara ini yang selalu buat aku mau menangis.

kau mengerti?