Tanpa Kenal Lelah dan Jemu..Sampaikanlah Firman TuhanMU

Tuesday, May 6, 2014

Impian Yang Terwujud


Impian Yang Terwujud
Saat impian itu mula terwujud
Aku sering punya keyakinan
bahawa impian itu akan datang menjemputku
tidak pernah ku jemu
untuk meminta pada Allah
agar impian itu tertunai.

Meski ada sakit
Saat ku dalam penantian
Menanti impian yang tak kunjung tiba
Tapi aku masih punya harapan
Kerana aku ada Allah
Tempat ku meminta
Agar Dia sudi memberi impian ku itu.

Ya.. aku yakin,kerana aku punya Allah

Ratna Safitri
UKM Bangi

apa impian ku itu?
Biarlah hanya menjadi rahsia aku dan DIA :)
sampai impian ku itu datang menjemput.

Wednesday, April 23, 2014

Wawasan




Kau tau kawan
Bahawa orang yang tiada wawasan
maka ibarat dia menembak tanpa sasaran,
kau tau bila seseorang itu menembak tanpa sasaran,
apa yang dia akan dapat?
dia tak akan mendapatkan apa-apa,
melainkan hanya kosong sahaja.


Kau tau kawan
manusia yang tiada wawasan,
hidupnya seperti haiwan
kau tau kenapa ku bilang seperti haiwan?
kerana haiwan itu hidup untuk memikirkan perut dan kepentingannya sendiri,
tanpa dia mau ambil tau hal orang lain

kawan..
hiduplah kau dengan wawasan
wawasan yang dapat memberi manfaat buat orang
berjalanlah kau bersama impian
impian yang buatmu sentiasa gemilang
agar kau tak terhinakan.

Ratna Safitri
Ukm Bangi

Tuesday, April 15, 2014

masa hadapan

Masa hadapan
Suatu masa yang aku sendiri tidak pasti
Ada peristiwa apa padanya
Gembirakah?
Dukacitakah?
Terkadang buat diri jadi debar
Cuma yang aku percaya 
sebagai seorang muslim
Hari ini yang direncanakan dengan baik
Pasti akan menghasilkan masa hadapan yang baik.
Kalau pun tidak..
pasti ada perkara baik yang dirancangkan buatku.
ya...aku percaya

Ratna Safitri
Ukm Bangi

Monday, April 14, 2014

Diriku Untuk Sebuah Cita-Cita




                       Hampir 2 bulan menjadi pelajar sarjana,yang pasti cabaran lagi berganda berbanding semasa degree dahulu.kena rajin membaca dan buat analisis apatah lagi bidang yang ku ambil adalah bidang 'killer(kata orang la).

                    Rupanya ambil sarjana sentiasa buat aku rasa berdebar.Entah kenapa.

ketika aku menapak kedunia pengajian
aku perlu sedar..
bahawa pengajian ini bukan untuk mengharap gaji besar,
rumah besar,kereta besar,
tapi biarlah pengajian ini,
dapat menyumbang kepada pembangunan manusia,
saat kebanyakan orang tidak kelihatan seperti manusia.
menjadi manusia yang memanusiakan manusia..

Bila ku fikir semula impian ini,ya..baru ku sedar,diriku ini adalah untuk sebuah misi dan cita-cita. perkara ini yang selalu buat aku mau menangis.

kau mengerti?

Monday, November 19, 2012

Berbahagialah wahai pahlawan!





"Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya."

Al Baqarah 154

Subhanallah, saya merindukan pemuda sepertinya.
 kejahatan dan kekejaman zionis menjadikan mereka syuhada' dan memilih kematian untuk kehidupan yang panjang. tetapi 'kesopanan' dan 'kehalusan sistem di malaysia menjadikan anak-anak mudanya longlai,lemah, bejat dan memilih kehidupan menipu.Kuatkan azam dan tekad, mencontohi jiwa pemuda di atas, kaumku adalah amanahku!

Sunday, November 11, 2012

Muslimah Super!


Tuhan
Jadikanlah aku instrumen kasihMU
Di mana ada kebencian,
Biarkan aku menyebarkan cinta,
Dimana ada hati terluka,
Biarkan aku menjadi penghibur,
Dimana ada keraguan,
Biarkan aku menyebarkan keyakinan,
Dimana ada keputusan,
Biarkan aku menyebar harapan,
Dimana ada kesedihan,
Biarkan aku memberi kebahagiaan,
Dimana ada kegelapan,
Biarkan aku memberikan cahaya.

::wanita super with asma'Allah::

Thursday, May 10, 2012

Itu Anak Pakcik, Ya Akhi!

Bukan sekali dua.
Sering benar saya ditanya dengan soalan yang sama. Seperti bermusim.
Jika di tahun 2010 saya didatangi soalan-soalan berkisar tentang suami yang bosan dengan isteri di kalangan mahasiswa dan mahasiswi yang berumahtangga semasa belajar, terkini saya dihujani pertanyaan, “bolehkah seorang akhi meminang seorang ukhti tanpa membabitkan bapa ukhti berkenaan kerana si akhi belum bersedia?”