Tanpa Kenal Lelah dan Jemu..Sampaikanlah Firman TuhanMU

Tuesday, April 27, 2010

Sekadar Renungan..

Buku saya yang terbaru..




Alhamdulillah,gembiranya hati,
tercapai juga hasrat saya nak memiliki buku
"secangkir teh pengubat letih" (^_^)
padahal baru beberapa minggu yang lalu
saya menyatakan hasrat untuk memilikinya kepada teman
serumah..cepat benar Allah memakbulkan.
sedang saya tidak pernah terfikir
untuk memilikinya dalam waktu yang terdekat

"nikmat mana lagi yang hendak didustakan"

walaupun ianya sekadar buku,
tetapi ianya juga satu keinginan bagi diri saya,
jika terpenuhi,pasti rasa gembira,
sedang gembira juga anugerah dariNYA

"maka nikmat mana lagi yang hendak didustakan"

itu baru buku,jika saya fikir nikmat yang lain..
sahabat yang soleha, peluang untuk belajar,
kehidupan yang selesa,kasih sayang ahli keluarga,
tidak akan terhitung oleh kiraan angka.
malah nikmat yang paling tinggi,
nikmat Iman & Islam..
nikmat petunjuk &nikmat sensitiviti terhadap islam.
Tidak akan terhitung nikmat yang diberikan.

"Maka nikmat mana lagi yang hendak didustakan"

bila terbaca ayat ini
kala kesusahan datang melanda
InsyaAllah ayat inilah pemujuknya..apa sangatlah
kesusahan yang kita hadapi dibandingkan
dengan nikmat yang kita terima..
layakkah untuk mempersoal?
sedangkan kita hanya HAMBA.
dan hamba memang selayaknya di uji.

"maka nikmat mana lagi yang hendak didustakan"

ada sedikit perkongsian dari hasil pembacaan,
saya pernah merasainya dan saya sedang merasainya.
dalam buku ada satu kata-kata yang boleh menjadi muhasabah
bagi anak-anak muda berjiwa da'i..
"carilah satu dunia asing,untuk kamu keluar dari diri kamu
yang sudah rapuh dan kering itu.Basahkan kembali
dengan bersunyi-sunyian dengan Allah,samada
ditikar sejadah atau hamparan yang bumi
dan alam yang tekun dengan zikrullah.
carilah damai untuk diri sendiri,khususnya buat anak muda
berjiwa da'i,yang sering hidupnya berfikir tentang orang lain
hingga lupa kepada perlunya diri dibelai damai oleh
minda,emosi dan spiritual yang kemas
antara diri dan Ilahi,
hanya kamu dan Dia,hanya kita dan Allah..tiada yang ketiga.
saya terkenang,
peribadi generasi para sahabat,
sungguh! saya rindu peribadi-peribadi itu dalam diri saya
dan diri sahabat-sahabat saya.
itulah peribadi insan pejuang berjiwa hamba :
''siang menjadi mujahid dimedan juang,
malam menjadi rahib di hadapan tuhan Tuhan"


Allah..Aku bukan tentera badar,
aku juga bukan soldadu khandaq..
namun titipkanlah secebis keberanian dan ketaqwaan
mereka dihatiku,
agarku bisa teguh untuk terus memperjuangkan agamaMU.









Sunday, April 25, 2010

Aku Ingin MencintaiMu



Tuhan betapa aku malu
atas semua yg KAU beri pada diriku
terlalu sering membuatMU kecewa
entah mungkin keranaku terlena
sementara engkau beri aku kesempatan
berulang kali agar aku kembali

dalam fitrahku sebagai manusia
untuk menghambakan diriku

betapa tak ada apa-apanya aku dihadapMU


aku ingin mencintaiMU setulusnya
sebenar-benar aku cinta
dalam doa
dalam ucapan
dalam setiap langkahku..
aku ingin mendekatiMU
selamanya
sehina apapun diriku
ku berharap untuk bertemu denganMU
ya rabbi..

Hadirlah namaMU disegenap
ruang jiwaku
Ingin ku larut.
Inginku tenggelam
inginku hanyut
bersamaMU Ya Allah..



Wednesday, April 21, 2010

Biar Mati Anak,Jangan Mati Adat ??(Menjelang Perkahwinan)



salam perjuangan..
artikel ni hasil tulisan Ust.Hasrizal, mungkin boleh di manfaatkan bagi sahabat yang ingin mendirikan rumah tangga"Mencabut adat yang asing drpd islam,tidak semudah mencabut kemuncup di kain" maka serulah kejalan tuhanMU dengan hikmah dan bijaksana,fikirkanlah..

'Biar Mati anak,jangan mati adat' keras sungguh pepatah itu,sehingga menyakitkan jiwa melayu baru,bahawa jelek benar pemikiran org dulu.sanggup mati anak semata-mata pertahankan adat.

Kita tidak boleh memahami bahasa dahulu dengan pemikiran hari ini,Bahasa lama perlu fikir cara lama.Orang melayu membungkus agama dan adat dalam satu peti emas yg di anggap sebagai jati dan harga diri.Agama dan tatasusila melayu,berfungsi untuk membentuk sebuah kehidupan yang sopan,berseni dalam berakhlak,supaya cantik dipandang dan manis di rasa.

Maka jika kita bertemu watikah bertulis 'hukum adat',janganlah terus dihumban ketepi bahawa adat itu adlh budaya resam yang merosak agama,adat itulah agama pada bahasa Melayu lama.

TEPUNG TAWAR
Fikiran ini muncul semasa saya berbual dengan abg Devish Kumar Danial Kakulai,calon peserta didalam rancangan cari menantu TV 9.Kami berbual tentang satu aspek perkahwinan bangsa Melayu,iaitu soal tepung tawar.

Mahu tidak mahu,pelbagai fatwa telah dikeluarkan tentang soal menepung tawar,malah Brunei yg kuat berpegang dengan adat sendiri pun,berfatwa pada tahun 2003,menegahnya.Menepung tawar,bersanding,merenjis bunga mawar,menabur beras adalah signifikan agama hindu disebaliknya,ia bukan sekadar budaya,ia agama.Tentu sahaja bagi Danial dan abangnya lebih faham erti disebalik 'amalan' itu.Fatwa tetap fatwa,hukum tetap hukum.

Namun usaha menjernihkan agama dan adat jauh lebih sukar dari yang dijangka.Walaupun nyata bersalahan dengan agama,mencabut adat yang asing daripada Islam,tidak semudah mencabut kemuncup yang melekat di kain.Akarnya dalam mendasar,batanganya tajam berduri.Mencabutnya dengan tergesa-gesa hanya akan mengundang luka.khususnya adat yang bersangkut dengan maruah keluarga,adat itu jadi lebih rumit,apabila bersangkut dengan perkahwinan.

Ramai generasi celik islam hari ini mahukan perkahwinan yang bertepatan dengan sunnah,jauh dari bidaah dan ringkas perjalanan dan belanja.Namun apa pula kata orang tua-tua? saya pernah bertanya kepada orang tua "Mengapa tidak diringkaskan sahaja walimah sanak saudara?" jawab pakcik saya ringkas "Ringkas-ringkas itu agama tapi jangan samapai menimbulkan tanda tanya".."tanda tanya yang bagaimana?" saya kurang jelas "Ringkas kadang2 dilihat sebagai tergesa-gesa.Bagai ada yang tidak kena" itu komen pakcik saya.

Saya faham apa yang dimaksudkan.ketika dua keluarga baru menyatu saudara,soal maruah dan harga diri amat penting jangan dicemar.Mahu tidak mahu,benci atau suka,begitulah orang Melayu.Orangnya bercakap halus kadang2 tidak didengar,sering pula jadi dibelakang.Maka orang tua enggan menanggung rumah yang telah siap,tapi pahatnya masih berbunyi.Pengalaman saya dan isteri,ketika mahu berumah tangga sedikit sebanyak adalah pengalaman yang boleh dikongsi.setelah cinta kami terbit dimedan dakwah,perkahwinan itulah model kefahaman kami terhadapnya.Rumah tangga mahu dibina bermula dari langkah yang bersih dan perkara yang tidak di ingini

BERSANDING
Tentu sahaja isu paling utama soal bersanding.Pernikahan saya berlangsung dirumah pengantin perempuan, dinikahkan sendiri oleh bapa mentua.disisi sebelah kanan ada pelamin yang tersedia.saya sudah memahaminya rombongan yang ikut saya turut teruja.

Keesokan pagi sebelum bertolak kerumah pengantin perempuan,saya menerima panggilan telefon dari seorang penduduk kampung. "Assalamualaikum ustaz,hai berceramah sana-sini,tapi semalam nampak macam ada pelamin aje!apa hal?"tanya beliau.Tentu sahaja fikiran saya amat terganggu dengan panggilan itu.Hanya tinggal sejengkal nak masuk ke alam baru.Saya perlukan keyakinan diri untuk hari ini,tetapi ada pula panggilan nakal seperti itu tak supporting sungguh!

Saya kuatkan semangat dan fokus kembali apa yang saya boleh kawal.Saya malah isteri,tidak berupaya untuk menentukan sesuatu yang dikongsi dengan keluarga.maka kami berjanji untuk mengawal dan mempertahankan diri sebaik yang kami terdaya.

Setibanya dirumah pengantin perempuan,dengan iringan kompang,saya melangkah antara debar dan tenang. saya berdebar kerana terlalu ramai mata yang memerhati dan mereka akan memerhatikan saya duduk di kerusi yang dinamakan pelamin.Namun saya tenang kerana saya tahu apa yang sedang berlaku pada masa itu. Fikiran saya terkenang kembali kepada penjelasan ibu mentua saya beberapa hari sebelumnya.

"kalau sekadar nak buat meja makan beradat,takkanlah tetamu dan menantu terus ke meja makan sahaja, tentulah masuk kerumah dulu,jika tidak masuk rumah,sedih pulak si tuan rumah.Dan kalau sudah masuk rumah,kita elokkan sikit kerusi tempat anak menantu nak duduk,itu sahaja bukan nak menunjuk apa-apa"bersungguh-sungguh emak mentua saya meberikan penjelasan.

Terharu..
kalau nak di ikutkan tidak perlu emak menjelaskan kepada saya.Saya mahu mengahwini anaknya dia berhak untuk menentukan apa sahaja.Tapi dalam keluarga,kasih sayang bukan soal siapa betul,siapa salah.kasih sayang ialah soal siapa menang,siapa kalah.Dan tiada siapa yang mampu mengalahkan kasih sayang ibu anak menantu.Anak hanya belajar menghargai kasih ibu bapanya apabila akal sudah hidup dikepala,namun
ibu bapa sudah menyayangi anak sebelum lahir kedunia.ibu mentua saya sudah membahaskan dirinya emak pada hari pertama saya datang merisik.Tiada siapa yang dapat mengalahkan kasih sayang emak mentua kepada anak-anak,sekalian menantu dan cucu-cucunya.kerana itu emak masih cuba memujuk saya,dan siapalah saya untuk berkeras kepala semasa menyusun tapak untuk bertandang menyertai keluarganya.
saya hargai penjelasan emak dan ia cukup lapang buat hati saya.

saya melangkah,disatukan isteri didepan rumah dan kami melangkah masuk kedalam rumah "cepat,cepat! jangan lama-lama duduk sekejap sahaja!' kata ipar2 saya semasa kami didudukkan dia atas kerusi berhias.Saya sebenarnya tenag sahaja.Mungkin mereka bimbang saya akan 'meletup' kerana tahu sayatidak suka upacara ini.Duduk seketika,ahli keluarga mengambil gambar dan kami bangun semula menuju ke meja santap untuk makan bersama.

Seperti kata abg danial dalam rancangan cari menantu,seorang pengantin bukan sahaja berkahwin dengan pasangannya,tapi turut berkahwin dengan ahli keluarga pasangannya.Maka soal ambil hati dan menyesuaikan diri dengan keluarga dan sensitiviti mereka,ialah sebahagian dari tanggungjawab berumah tangga.Atas prinsip proaktif,fokuslah apa yang kita mampu kawal dan mengubahnya.Maafkan percanggahan yang ada.Maafkan kebiasaan yang ada dan cubalah untuk meminimumkan apa-apa yang agama tidak suka.

Namun kuatkan azam,kukuhkan keyakinan agar generasi kita yang tersepit antara agama dan adat ini, tidak mengulanginya ketika hari kita menyambut menantu.Jika anak-anak muda yang idealistik dengan kefahaman Islam mahu bertegang leher menjelang hari perkahwinan, saya tidak ada upaya untuk berbuat apa-apa. Terpulanglah pada mereka.Namun bagi yang sedar dengan realiti,bahawa cara kita dan bakal isteri memahami Islam munkin berbeza daripada apa yang difahami oleh generasi ibu bapa,lantas mahu berteliti dan halus dalam menentukan sikap dan tindakan.maka tulisan ini adalah perkongsian pengalaman untuk dimanfaatkan bersama.Tentu sahaja contoh ini bukan contoh terbaik, namun dengan kefahaman semasa saya mencuba yang terbaik.

BUKAN SEHARI DUA
kita harus ingat bahawa rumah tangga bukanlah hal sehari dua "oh,! aku sudah bernikah,maka dia adalah isteriku,dan aku berhak penuh ke atasnya"jangan sekali-kali berfikir begitu.

Berumah tangga bukan hanya menggabungkan 2 insan tapi ia juga mempersaudarakan 2 keluarga.Didalam sebuah keluarga,ada pelbagai peringkat dan tahap seseorang di dalam menilai dan melihat Islam. Jangan pula mahu membuang adat,kita turut membuang adab.Jangan pula pada hari kita menyambut menantu,kita hilang pertimbangan.Jangan kerana menegakkan agama kita hilang budi bahasa.Jangan ketika masih di rumah orang kita masuk jalan bertempang.

Tunggulah hari kita 'menyambut menantu'.segala kesulitan yang kita hadapi dalam menekuni kesulitan belenggu antara adat dan agama, jadikan ia sebagai satu teladan.KITA ADALAH GENERASI JAMBATAN ANTARA ZAMAN ADAT DAN ZAMAN SYARIAT.Tersepit dan keliru dalah habuan untuk generasi ini,Namun belajarlah untuk menelitinya.Agar tiba hari kita mengatur perkahwinan suatu hari nanti,anak-anak kitalah yang dapat menikmati Islam yang ringkas,namun kekal indah dalam syariat Islam..

"Melihat medan pernikahan sebagai medan untuk memberi,menjadikan kita lebih memikirkan soal peranan (tanggungjawab) berbanding soal tuntutan hati (hak) yang tiada berkesudahan,kerana medan pernikahan bukan cinta semata-matatetapi ia juga adalah kombinasi peranan dan tanggungjawab"

Pencuci Muka VS Pencuci Hati

“ezzah guna pencuci muka apa?”

“ezzah guna pencuci muka HPA,sabun resdung”..

”ratna guna pencuci apa?”

“ratna guna HPA puraria”

“perlu penggunaan yang kerap untuk hasil yang berkesan” Ezzah berpesan

****************************************************************

Penjagaan muka sering dititik beratkan orang semua orang,

Tidak kira lelaki apatah lagi perempuan.

Tidak kira pelajar atau pekerja,

Tidak kira dia seorang da’I atau mad’u

Habis semua produk dicuba,

jenama fair & lovely, syura,sabun papaya,ponds,

HPA (promote HPA) (^_^)

dan banyak lagi

semata-mata untuk mendapatkan kesan tebaik,

Supaya tidak berjerawat, supaya parut kat muka hilang,

Supaya tidak berjeragat,kurang kedut,

Supaya tak kelihatan terlalu terbakar kerana bahang matahari.

Apapun yang pastinya ia perlu penjagaan rapi,

Tak cukup pencuci!,guna pulak toner dan pelembab.hehe (^__^)

*******

Begitula juga analoginya dengan hati,

Hati??macam mana nak samakan??

“ramai orang risau jika tak dapat membasuh muka dengan sabun pencuci

Dalam masa sehari,

kalau pencuci habis mesti terus nak beli,betulkan?

tapi berapa orang yang risau jika dalam sehari,

dia tak membasuh hati dengan produk sabun istighfar,

toner selawat,pelembab tasbih,tahmid dan takbir.

Bukanka bila hati tak di basuh akan menimbulkan

Jerawat hati, jeragat jiwa, kedutnya pemikiran.

Mudah rasa sakit hati,tidak redha,ujub,riya’ takabbur dan banyak lagi.

Inilah penyakit hati yg susah nak dikesan kerana ia berlapis ketaatan,

perumpamaan hati dengan zikir

Umpama air dengan ikan,

Bagaimana keadaan ikan bila jauh dari air

Begitulah perumpamaan hati bila jauh dari zikir.

Ustaz salman (guru masa sekolah papar)

Pernah pesan lebih kurang begini,

Hati ada 7 lapisan mazmumah,

Lapisan pertama adalah yang paling keras.

Jadi perlu sental (mujahadah)habis-habisan,

Kalau yang pertama dah settle,

Yang lain mudah nak bersihkan.

“tapi ustaz,peringkat permulaan ni susah la,

Kita lakukan dalam keadaan terpaksa,bukankah menyakitkan?,

Nak lazimkan zikir yang kita tak biasa buat” saya membalas.

“itu lah namanya mujahadah,berperang biar sampai menang,

Biar sampai nafsu mengaku kalah dan tunduk pada syariat,

Pertama tu memang perlu sabar,

tapi dari sabar akan menghasilkan REDHA’’

Ustaz menerangkan..kemudian menyambung.

“Hati yang gelap umpama bilik yang gelap..

Kalau nak bilik terang mesti hidupkan lampu”

“Kalau kita nak hati terang??” tini menyoal

“pasang lampu” ustaz membalas selamba..

“hahaha” habis ketawa kumpulan kami..

“betul la ustaz cakap ni,pasang lampu,lampu kan menghasilkan NUR,

الله نور سموتى والارض

“Allah nur di langit dan bumi”

Kami mula berfikir tentang Produk penjagaan hati ,

Pencuci istighfar,Pelembab selawat,Toner Mujahadah..

Waa..banyaknya produk untuk hati,

terima kasih ustaz, atas perkongsiannya..(^__^)

JANGAN BIAR HATIMU KERINDUAN

BAWALAH HATIMU PULANG KETEMPAT ASAL,

ASAL HATI DEKAT DENGAN TUHAN..


P/s1 : islam kan cantik,dan sukakan kecantikan,tapi kecantikan disisi ISLAM bukan menitik

beratkan yang zahir sahaja tapi yang paling penting adalah kecatikan dalaman,(akhlak mulia,berhikmah,sabar, berlapangdada),

jangan menjadikan islam sebagai alasan untuk tidak peduli pada penampilan diri- jaga hati untuk Ilahi,jaga diri untuk insan terpilih..


P/s2 : dalam sehari,carilah ruang dan masa untuk bersunyi-sunyian dengan Allah,merenung hakikat diri..

kerana RASA KEHAMBAAN akan menimbulkan rasa lemah dan daif didepan Allah,

RASA BERTUHAN akan menimbulkan rasa optimis dan keyakinan diri

Monday, April 5, 2010

Coretan dari hati


Salam perjuangan..malam ini begitu hening di sulami zikir, syahdunya datang dari hati,membuatkan dada tiba-tiba sebak, banyak yang saya fikirkan,kerisauan yang tadinya datang bertandang masih tidak mahu pergi dari ruang hati.Allah..moga diberi ketenangan.

2 minggu dari sekarang exam bakal dilalui lagi,bagi saya ia bukan sekadar exam,tapi padanya terkandung harapan yang cukup besar dari ibu bapa,sahabat-sahabat, dan paling parioriti harapan masyarakat sabah untuk melihat kegemilangan islam masa hadapan.saya merasakan disitulah letakknya peranan saya,perlu menyediakan diri sebagai seorang da’i berjiwa murabbiah

“bila belajar kat sana,tuntut ilmu betul-betul supaya boleh balik,gerak kat tempat sendiri”

Ini adalah antara pesanan-pesanan yang telah diberikan sebelum saya memulakan langkah sebagai perantau penuntut ilmu di negeri jelapang padi (kedah).juga pesanan seorang guru dan juga insan yang telah mengasah fikrah perjuangan saya,masih terngiang-ngiang di cuping telinga..

“fit,apapun yang kita lakukan biarlah semata-mata demi perjuangan Islam,dengan ucapan seeru ‘ala barakatillah,berangkatlah anakku seiring dengan niat yang betul,moga Allah sentiasa menyertaimu

Pernah suatu ketika dalam mesyuarat lajnah penerangan DMPKT,ustazah masyuri membentangkan plan strategik DM untuk masa hadapan,salah satunya adalah pembinaan peribadi amilat/amilin yang melalui proses tarbiah untuk memperkasakan harakah,maka saya mengamanahkan tanggungjawab ini pada diri saya.Ini adalah sebuah agenda yang sangat besar dan nilainya sangat tinggi kerana ia melahirkan PEWARIS PERJUANGAN NABI

ولينذروا قومهم
“dan supaya mereka dapat memberikan inzar(peringatan) buat kaum mereka”

Kadang-kadang rasa debar itu datang mengganggu jiwa “mampukah menunaikan amanah seberat ini?”
Jalan yang dilalui tidak semudah yang di sangka,semuanya perlukan pengorbanan masa,jiwa,tenaga,perlu kuat mujahadah untuk bersihkan hati,perlu kuat untuk tundukkan tuntutan nafsu..Malah boleh jadi,selepas berusaha sedaya mungkin,diri di uji dengan kegagalan..maka terujilah keyakinan pada janji Allah

يايهاالذينءامنوااتنصروااللة ينصركم و يثبت اقدامكم
“wahai orang-orang beriman jika kamu bantu agama Allah,Allah akan membantumu dan meneguhkan kedudukanmu”

Tetapi bila kembali kepada tasawur dakwah dan tarbiah pada zaman baginda,semua itu adalah sunnatullah di dalam perjuangan “jika di dalam dakwah itu tiada cabaran,pasti ada yang tidak kena pada dakwah itu” syed qutb..yang penting perlu iltizam yang tinggi dan penyerahan sepenuhnya pada Allah semata-mata. Maka saya perlu hati-hati untuk menilai sesuatu dengan pandangan mata hati.Bahawa apa yang berlaku terkandung hikmah yang sangat besar.
Manusia itu di ciptakan sebaik-baik kejadian..maka kita mampu menjadi yang terbaik..namun semua ini tidak dapat tidak,perlukan Himmah yang sangat tinggi..IMAN,TAQWA,IKHLAS..
Buat sahabat-sahabat yang bakal menghadapi exam,moga nusrah Allah sentiasa menyertai kalian,dan moga kita dikurniakan ilmu dan kejayaan yang mampu memberi manfaat untuk orang lain..kuatkanlah tekad kami sebagai penuntut ilmu di jalan Allah,agar kami mampu menguatkan langkah juang kami di jalan Mu..