Tanpa Kenal Lelah dan Jemu..Sampaikanlah Firman TuhanMU

Monday, March 22, 2010

Tanggungjawab Ketika Menulis-Allahyarham Haslinda Zerain

Beberapa akhbar harian hari ini melaporkan bahawa Puteri UMNO Selangor telah membuat laporan polis mengenai kenyataan menghina yang dilakukan di dalam sebuh laman web sosial terhadap bekas ketua Puteri UMNO bahagian Ampang, Allahyarham Haslinda Zerain yang telah meninggal dunia akibat sakit jantung baru – baru ini.

Selepas menyokong tindakan membuat laporan polis tersebut, suka saya menitipkan beberapa perkara sebagai renungan bersama;

1) Tangung jawab dan amanah ketika menulis di laman internet. Menulis tak sama dengan berbual. Pahala dan dosa yang kita perolehi melalui penulisan takkan sama dengan yang kita perolehi dengan berbual. Akses kepadanya lebih ramai, lapangannya lebih rencam, ketahanannya lebih lama dan kesannya lebih mendalam. Justeru pahala dan dosa akan menjadi lebih besar.

Adanya kemudahan menulis di layar maya telah menarik jutaan peminat untuk menulis. Ia perkembangan yang bagus dan diraikan. Dengan menulis, kehidupan akan lebih cemerlang dan berjaya.

Tinggal lagi, belajarlah untuk menggunakan disiplin semasa menulis. Disiplin yang tinggi kerana pahala dan dosanya juga tinggi. Kejayaan beriringan dengan disiplin.

Maka, jangan memfitnah semasa menulis. Jangan menulis segala cerita orang kecuali yang benar dan bermanfaat untuk diketahui. Jangan menulis dengan kata – kata kesat. Jika ‘terpaksa’, hamburkannya ditempatnya. Biar mangsa itu terkambus sekali dengan kata – kata kesat itu.

Adakah si muslimah yang meninggal dunia dengan kalimah syahadah di dadanya berhak dikebumikan dengan kata – kata kotor? Agama kita, nabi kita tak pernah mengajar begitu.

2) Menghormati si mati adalah hak kemanusiaan. Di depannya adalah Allah, tiada lagi selainNya. Itu adalah pengakhiran dan kesudahan sebuah kehidupan yang maha dahsyat dan menginsafkan! Apa lagi yang lebih menginsafkan selain mati?

Apatah lagi jika dia saudara kita semuslim. Jika dia baik, pastikan kebaikannya bertambah – tambah dengan doa kita. Jika dia buruk, pastikan keburukannya diampuni dengan doa kita. Bukankah persaudaraan muslim itu suatu yang hak? Si mati telah tiada apa – apa selain tuhannya.

Jika tidak dapat tidak kerana kebencian yang meluap – luap, tutup mulut. Ikat jari atau potong saja daripada menulis yang hina dan membodohkan diri sendiri. Bagaimana jika anda menghina orang yan telah menikmati keampunan tuhan di kuburnya?

3) Menentang UMNO adalah tuntutan dakwah. Dakwah adalah tugas kerasulan. Wahyu yang mengganti al rasul yang telah pergi meninggalkan kita terus berkumandang berseru agar umat menolak pemikiran sekular dan syirik terhadap kedaulatan al Quran dan al Sunnah. UMNO, kerana terkurung di tempurung sekular, kita tentang dan kita dakwah.

Dakwah ertinya menarik ke syurga, bukan menghumban umat ke neraka.

Ketika seorang daripada kita sudah di ambangnya, berdoalah untuknya, bukan menghina dan membencinya.

Di ambang kubur, PAS dan UMNO adalah sama. Di depan adalah syurga dan neraka. PAS berdakwah ke syurga dan menahan umat dari murka dan nerakaNya.

4) Untuk Allahyarham Haslinda Zerain, bergembiralah kita jika Allah merahmati dan mengampuninya.. Ummati.. ummati..


SUMBER : http://nikabduh.wordpress.com


Thursday, March 18, 2010

Santapan Rohani Untuk Pejuang

Jentera-Jentera Islam

أَمۡ حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ وَلَمَّا يَأۡتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلِكُم‌ۖ مَّسَّتۡہُمُ ٱلۡبَأۡسَآءُ وَٱلضَّرَّآءُ وَزُلۡزِلُواْ حَتَّىٰ يَقُولَ ٱلرَّسُولُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُ ۥ مَتَىٰ نَصۡرُ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَآ إِنَّ نَصۡرَ ٱللَّهِ قَرِيبٌ۬ (٢١٤
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).




Sesungguhnya medan dakwah itu terhampar luas ,menjadi kewajiban kita untuk menyemai
benih-benih unggul agar tumbuh pepohon keizzahan ISLAM.Kerana Allah telah menjanjikan darjat yang setinggi-tingginya dan nikmat yang seluas-luasnya bagi sesiapa yang lulus dalam ujian dalam jalan perjuangan.Seandainya ujian yang dihadapi hanya biasa-biasa sahaja pasti ganjaran juga tidak seberapa,maka di setiap kesusahan itulah terkandung hikmah yang amat besar seandainya kita menghayatinya.Allah sentiasa memelihara jalan-jalanNYA untuk hati-hati yang benar ikhlas untuk berjuang,oleh itu perjuangan ini semestinya mengalir bersama-sama Redha Allah.

Sebagai seorang pejuang,janganlah turun beraksi (berjuang) sebagai bidan terjun,tanpa membuat persiapan rohani yang mantap dan HUBUNGAN MANTAP DENGAN ALLAH,beraksilah seiring dengan nama Allah,memohon restu Allah agar apa yang di usahakan beroleh kejayaan dan hasil yang gemilang..

Dan janganlah kerana tugas kononnya kita mengabaikan tugas asal sebagai HAMBA ALLAH, dan menjarakkan hubungan denganNYA,sebagai contoh mengabaikan solat 5 waktu dan meringan-ringankan solat berjema’ah atas alas an keletihan kerana berjaga malam dengan kerja dan tugasan yang banyak.

Konsisten dengan QIAM AL-LAIL,DHUHA, dan juga mencari-cari waktu untuk BERSUNYI-SUNYIAN DENGAN ALLAH adalah sentuhan terbaik,untuk membina kekuatan dalaman


Monolog Sekuntum Wardah

wardah di taman perjuangan... menyemai benih dakwah


Kesekian kali

Aku terkesima

Pada indahnya fatamorgana duniawi

Keindahannya menyihir zahirnya pandangan

Membuatkan aku lupa menilai pencipta disebalik keindahan itu …

Aku diciptakan sebagai wardah

Akal senipis rambut

Membuatkan aku mudah jatuh pada

Sumur dosa dan kemaksiatan

Hati serapuh kaca

Menyesakkan diriku pada kemasyhuran duniawi

Yang membuatkan daku seringkali buta menilai

kecantikan hakiki

cinta sejati…..

ku cuba bangkit mengembara

mencari sekelumit kebahagiaan di celah rimbunan

mahabbah insani...

ku temui hanya hamparan kekecewaan

ku cuba bangkit mengembara

mencari

kesekian kalinya

aku menorakai persinggahan ini

mencari sekelumit kebahagiaan di celah rimbunan

mahabbah illahi….

Aku rindu Ya HANNAN

Pada alunan cinta kesyahduan zikrullah

yang engkau dendangkan pada insan sepertiku,

Aku rindu Ya MANNAN

Pada titisan redha pohonan kesyukuran yang Engkau lakar dihati

Wardah yang KAU cintai

Aku rindu

Teramat rindu

pada bingkisan taqwa dahan maghfirah

yang Engkau khususkan buat wardahmu yang KAU redhai..

tiada kata yang dapat kulakarkan direlung sanubariku untukMU

Tatkala luasnya,

CINTAMU, REDHAMU, RINDUMU buat daku yang

hina ini,

lantas kumohon RABBUL ‘IZZATI

Jadikanlah daku wardahMU yang solehah, bukan untuk

mengharap balasan dariMU,

cukuplah sekadar ketinggian malu yang terlukis

disepanjang pengembaraanku atas

dosa-dosaku padaMU...



من : Furqan Ubaidullah

Friday, March 12, 2010

Penawar Melalui Tangisan



Ramai yang berpendapat tangisan menunjukkan lemahnya emosi seseorang..terutamanya bagi seorang lelaki.Masyarakat memandang ia sebagai satu aib yang besar jika seorang lelaki itu menangis.Justeru lelaki lebih cenderung untuk menahan air matanya..harus di ingati lelaki juga makhluk hidup yg perlu mengungkapkan perasaannya dan mehilangkan kesedihannya.Justeru,tangisan lelaki bukan menandakan kelemahan,kerana jika mereka tidak menangis tentu banyak sekali beban di jiwa yang di tanggung..Allah telah menyebut didalam al-quran perihal orang yang menangis di banyak tempat.dan Allah memuji orang yg menangis kerana mencapai tahap makrifatullah
Firman Allah :

‘Dan mereka menyungkur di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk’
Surah al-isra’ 17-09

Disebutkan juga dalam hadis baginda S.A.W

Abu raihanah katanya : kami keluar bersama rasulullah dalam sebuah peperangan dan aku mendengar baginda bersabda : diharamkan neraka bagi mata yang selalu menangis takut kerana Allah
Riwayat Al-hakim.

Kajian ilmiah menjelaskan menangis yg diperolehi sesuai dengan masalah atau penyakit yang dihidapinya.Sebagai contoh air mata yang keluar sewaktu memotong bawang mampu memelihara kelembutan dan kelembapan kedua-dua mata kita dan membuang segala bahan-bahan yg cuba memasuki mata.
Dr Muhammad Abdullatif Bultiyyah,salah seorang pakar mata yang terkenal dalam kajiannya menyimpulkan bahawa air mata yang tumpah mempunyai nilai kesihatan yang tinggi,antaranya membantu kelenturan gerakan kelopak mata,membersihkan mata dari segala habuk,dan melindungi mata secar terus menerus..sebagai ummat islam..tidak seharusnya kita menangis melulu,meratapi kematian dan sebagainya. Kita sememangnya digalakkan menagis dalam keadaan tertentu :

• Menangis kerana mengenangkan dosa-dosa yang lampau dalam taubat memohon keampunan Allah

• Mengalir air mata kerana takutkan azab Allah di akhirat kelak

• Mengalir air mata ketika khusyuk dan sujud pada Allah

• Mengalir air mata ketika berdoa,mengharapkan Allah sahaja tempat bergantung (perasaan waktu ni sangat indah =) cubalah)

• Mengalir air mata ketika berjumpa dengan sahabat @ saudara yang lam terpisah

• Mengalir air mata ketika melihat kemenangan Islam melawan Kuffar

• Mengalir air mata ketika ISLAM di injak dan di hina oleh musuh Islam

• Mengalir air mata ketika mana ULAMA’ kita dihina dan dipersendakan.

Sesungguhnya kita tak perlu malu menagis dalam situasi begini..moga ia menjadi satu alternative membersihkan hati dan menambah kesihatan..

MENANGIS DARI SUDUT PERUBATAN

1.Menyahkan zat merbahaya dari tubuh badan

Menangis dapat menyahkan zat-zat kimia dari tubuh badan manusia yang terhasil ketika dalam ketakutan

2.Meningkatkan kadar degupan jantung
Menangis boleh meningkatkan kadar degupan jantung yg di anggap sebagi latihan berguna untuk rongga badan dan kedu-dua belah bahu. Selepas menangis kadar degupan jantung akan menjadi perlahan sehingga menimbulkan perasaan yang tenang.

3.Air mata mengandungi 25% protein
Kajian-kajian yg dijalankan para saintis membuktikan air mata mengandungi 25% protein dan satu bahagian drpd zat terutamanya magnesium.Ini adalh unsur yang tidak seimbang dan boleh menjadi racun pada manusia.ianya dapat dibebaskan ketika menangis.

4.Membebaskan racun daripada badan
Arthur Frank seorang ilmuwan Amerika berkata “oleh sebab air mata berfungsi mengeluarkan unsure-unsur beracun dari dalam tubuh,bererti menahan air mata membiarkan racun tumbuh secara perlahan-lahan.Secara fitrahnya perempuanlebih cenderung menangis berbanding lelaki,maka secara umumnya usia perempuan lebih panjang bebanding lelaki kerana perempuan membebaskan racun didalam tubuhnya melalui tangisan”..saintis dan pakar mata berpendapat terdapat peratusan racun yang ada dalam tubuh manusia dapat dikeluarkan hanya dengan tangisan..

MENANGISLAH KERANA ALLAH..