Tanpa Kenal Lelah dan Jemu..Sampaikanlah Firman TuhanMU

Monday, May 24, 2010

Agar Bidadari Cemburu Padamu

Salam semerdu suara bidadari,

“Sesungguhnya orang-orang bertaqwa berada ditempat yang aman. Di dalam taman-taman dan mata air – mata air. Mereka memakai sutera halus dan sutera tebal,(duduk) berhadap-hadapan.Demikianlah…dan Kami jodohkan mereka kepada bidadari bermata jeli” (QS. Ad Dukhan 51-54)

“dan ada bidadari bermata indah,laksana mutiara tersimpan indah” (Surah al-waqi’ah 22-23)

Subhanallah,bila terbaca ayat ini dalam al-quran ada timbul rasa cemburu pada sang bidadari ciptaan terindah Ilahi,begitu tidak dapat saya bayangkan keindahannya, gadis-gadis muda bermata jeli,dihatinya penuh cinta dan setia, laksana mutiara tersimpan indah tidak terusik walaupun sedikit,masih terpelihara fitrah muslimatnya tetap terpelihara dalam jagaan Allah

Cemburu itu bukan hanya terbit di hati saya,tapi di hati ummu salamah,isteri baginda Rasulullah S.A.W.

Tapi tenang sahaja,(^_^).Allah bersifat dengan ke’adilannya..maka tercetusla dialog antara ummu salamah dengan baginda S.A.W,yang patut kita ambil ihtimam,bahawa wanita dunia juga patut di cemburui oleh bidadari,tapi wanita dunia yang bagaimana?

Imam Thabrani meriwayatkan sebuah hadis dari Ummu Salamah,bahawa Ummu Salamah Radiallahu ‘Anha telah berkata :”Ya Rasulullah, jelaskan padaku firman Allah tentang bidadari-bidadari yang bermata jeli…”

Baginda menjawab,”Bidadari yang kulitnya bersih,matanya jeli dan lebar, rambutnya berkilau bak sayap burung Nasar.”

Aku (ummu salamah) berkata lagi,”Jelaskan padaku ya Rasulullah, tentang firmanNya: “Laksana mutiara yang tersimpan baik…”(QS. Al Waqi’ah 23)

Baginda menjawab,” Kebeningannya seperti kebeningan mutiara di kedalaman lautan, tak pernah tersentuh tangan manusia…”

Aku bertanya,” Ya Rasulullah jelaskanlah kepadaku tentang firman Allah; “ Di dalam surga itu ada bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik…”(QS Ar Rahman 70)

Baginda menjawab,” Akhlaqnya baik dan wajahnya cantik jelita”.

Aku bertanya lagi,” Jelaskan padaku firman Alloh: “ Seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan baik…”(QS As Shaffat 49)

Baginda menjawab,” Kelembutannya seperti kelembutan kulit yang ada pada bahagian dalam telur dan terlindung dari bahagian luarnya, atau yang biasa disebut putih telur.”

Aku bertanya lagi,” Ya Rasulullah jelaskan padaku firman Allah ; “Penuh cinta lagi sebaya umurnya…”(QS Al Waqi’ah 37)

Baginda menjawab,” Mereka adalah wanita-wanita yang meninggal di dunia dalam usia lanjut dalam keadaan rabun dan beruban.Itulah yang dijadikan Allah tatkala mereka sudah tahu, lalu Allah menjadikan merka sebagai wanita-wanita gadis, penuh cinta, ghairah, mengasihi, dan umurnya sebaya.”

Aku bertanya, Ya Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari bermata jeli?”

Baginda menjawab,” Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari seperti kelebihan apa yang nampak dari apa yang tidak terlihat.”

Aku bertanya,” Mengapa wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari?”

Baginda menjawab,”Karena Solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya diwajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuningan, sanggulnya mutiara, dan sisirnya terbuat dari emas.Mereka berkata,”Kami hidup abadi dan tidak mati. Kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali. Kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali. Kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya.”

Aku berkata,” Ya Rasulullah, salah seorang wanita diantara kami pernah menikah dengan dua, tiga atau empat lelaki lalu meninggal dunia.Dia masuk syurga dan mereka pun masuk syurga. Siapakah diantara lelaki itu yang menjadi suaminya di syurga?”

Baginda menjawab,” Wahai Ummu Salamah, wanita itu disuruh memilih, lalu dia pun memilih siapa diantara mereka yang paling baik akhlaqnya. Lalu dia berkata,”Rabbi, sesungguhnya lelaki inilah yang paling baik tatkala hidup bersamaku di dunia. Maka nikahkanlah aku dengannya…”

…Wahai Ummu Salamah, akhlaq yang baik itu akan pergi membawa dua kebaikan, dunia dan akhirat.” (HR Ath Thabrani)

Subhanallah..beruntunglah wanita yang masih kekal menjaga fitrah,sehingga membuat bidadari yang cantik jelita cemburu padanya..seperti peribadi ummul mukminin saidatinah khadijah,saidatinah ‘aisya,saidatinah Fatimah dan banyak lagi wanita dunia yang akhirnya menjadi pemimpin para bidadari disyurga (subhanallah..subhanallah..subhanallah). buat sahabat akhawat, "muslimat itu tidak memandang dan tidak dipandang"

Saturday, May 8, 2010

Tentang Emak


Orang kata aku lahir dari perut mak...

(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga,yang susukan aku...mak
Bila lapar, yang suapkan aku...
mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut...
Mak

Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....
mak
Bila nak bermanja, aku dekati...... .
mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku....
mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma......
mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak
Bila takut, yang ten
angkan aku.... mak


Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
mak
Aku selalu teringatka
n ..... mak
Bila sedih, aku mesti talipon....
mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... .
mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak
Bila takut, aku selalu pan
ggil... "mmaaakkkk! "


Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak
Bila nak exam, orang paling sibu
k juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku
dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau....
mak
Yang masih peluk dan cium aku s
ampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ...
mak


kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
mak

Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku....
mak
Yang selalu nasihat aku......
mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku

Bila sedih, aku cari.....
mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....
mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....
emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku


Bila-bila... . aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon
mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk
emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".


Berderai air mata jika kita mendengarnya. .........


Tapi kalau mak sudah tiada.....
.....
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....



Berapa ramai yang sanggup
menyuapkan ibunya......
berapa ramai yang sanggup
mencuci muntah ibunya......
berapa ramai yang sanggup
mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup
membersihkan najis ibunya...... .
berapa ramai yang sanggup
membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

kos upah membantu ibu :

1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4..00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

jumlah : RM 17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1. Kos mengandungkanmu selama 9 bulan- PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3.kos air mata yang menagis keranamu _PERCUMA

4.Kos kerungsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5.Kos menyediakan makan,minum dan pakaianmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada muka surat yang telah ditulisnya



ingin kukalungkan mahkota kebanggaan yg bersinar di akhrat kelak kepada ibu dan ayah,
dengan mendidik diri menjadi anak soleha penyejuk dimana penawar dihati
"kasihilah kedua ibu bapaku sepertimana mereka mengasihiku sewaktu kecilku"