Tanpa Kenal Lelah dan Jemu..Sampaikanlah Firman TuhanMU

Wednesday, May 25, 2011

KRONOLOGI ISU PENINDASAN TERHADAP 6 MAHASISWA KUIN

1 APRIL 2011 : Selepas menunaikan solat Jumaat sekumpulan pelajar dan pensyarah tahfiz telah mengadakan demonstrasi aman bagi menuntut semula bangunan tahfiz yang telah dirampas untuk pembangunan Sekolah Insan Bestari.Himpunan ini turut melibatkan Saudara Faiz Arsyad(Presiden MPM),dan beberapa orang exco MPM yang turun bersama memperjuangkan hak kuliah tahfiz.

3 APRIL 2011 :  Rentetan daripada demonstrasi aman tersebut Ustaz Muhammad Idrus Bin Ismail telah dilucutkan jawatan selaku Timbalan Dekan Kuliah Al-Quran,kerana turut terlibat dalam demonstrasi bantahan pembinaan Sekolah Insan Bestari

: Pada 9.00 malam Barisan MT dan Exco MPM bersidang,berbincang mengenai isu permasalahan yang di hadapi oleh pelajar Kuliah Kuliah Quran.Kata 
sepakat dicapai untuk menghantar surat rundingan antara MPM,Rektor dan Menteri Besar.Namun usaha ini gagal kerana Pihak Rektor dan Menteri
Besar enggan bertemu MPM.

4 APRIL 2011 : MB Kedah Mengeluarkan kenyataan akhbar,beliau menyatakan kekesalan kerana menerima surat berbaur ugutan daripada pensyarah kuliah tahfiz

5 APRIL 2011
:  Apabila diteliti segala sumber,surat yang diterima oleh MB rupanya merupakan laporan palsu yang diberikan oleh Dekan Kuliah Al-Quran.Oleh itu,Pada hari yang sama juga Dekan Kuliah Quran menghantar surat penafian pada laporan pertama yang beliau beri pada MB, dan keluar kenyataan media bahawa 'Dekan Kuliah Quran Memohon Maaf

: Seperti biasa, Mohd Aiman Razab (Peng.Biro Penerangan) mengadakan speaker corner untuk melakukan penerangan isu kuliah tahfiz dan buku
mappixc serta isu-isu berbangkit kepada mahasiswa,namun telah dihalang oleh pihak HEP iaitu Encik Ikhmal,berlaku sedikit ketegangan apabila pihak
HEP menuduh Saudara Aiman tidak mengikuti prosuder KUIN

6 APRIL 2011 : Faiz Arsyad ,Azlan Mat Zain dan Mohd Aiman Razab telah mengeluarkan kenyataan akhbar menggesa pertemuan dua mata antara Menteri Besar, Dato' Rektor dan Kuliah Quran tanpa kehadiran orang perantaraan dan juga memberikan mengenai beberapa isu dalaman yang berkaitan kebajikan mahasiswa.

7 APRIL 2011 :  Telah berlaku satu cubaan membakar pejabat HEP dan sehingga kini suspek tak dapat dikenal pasti.Dan MPM mengesyaki ini adalah salah satu provokasi pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memanipulasikan isu yang berlaku.

21 APRIL 2011 :  Timbul cadangan di peringkat tertinggi KUIN agar Dip Tahfiz dipindah kepada Yayasan Islam kedah (YIKED) manakala bagi Ijazah dan Master akan kekal.
: usaha-usaha MPM dan ITQAN untuk menyelamatkan Diploma Tahfiz daripada dikeluarkan dari Insaniah digencarkan

23 APRIL 2011 :  6 Mahasiswa kita,Faiz Arsyad,Aiman Razab,ZukhiLatif,Ahmad Remy,Mohd Farhan dan Mohd Azlan telah menerima 'Surat Cinta' daripada pihak pentadbiran menggesa mereka memberikan surat tunjuk sebab dan perbicaraan tatatertib berkenan keterlibatan mereka dalam demonstrasi,mengeluarkan kenyataan akhbar,dan memberikan ucapan menggunakan pembesar suara (speaker corner).

30 APRIL 2011 :  MPM bersama ITQAN mengadakan solat hajat perdana agar Diploma Tahfiz tidak dikeluarkan daripada KUIN

2 MEI 2011
: Beberapa Exco MPM dan ITQAN mengadakan Roudtour setiap asrama bagi penjelasan isu dan meraih sokongan mahasiswa terhadap isu Tahfiz

11 MEI 2011 : 6 Mahasiswa yang telah menerima 'Surat Cinta' daripada pihak HEP,telah menghantar surat bantahan terhadap surat  HEP kerana tidak mematuhi prosiding mahkamah dan 'Surat Cinta'  HEP pertama tidak sah!

15 MEI 2011
: 'Surat Cinta'  iaitu surat tunjuk sebab dan perbicaraan tatatertib daripada pihak pentadbiran yang ke dua di proses dan di hantar semula kepada 6 mahasiswa kita,mereka dikehendaki memberi maklum balas dalam tempoh 14 hari.

18 MEI 2011 : Mohd Aiman Razab wakil daripada seluruh mahasiswa KUIN menghantar memorandom 'selamatkan idealisme mahasiswa kepada S/U Pejabat PAS pusat meminta agar Presiden PAS menasihati Kerajaan Negeri Kedah agar bersikap rasional dan adil dalam menangani isu-isu kampus yang berlaku.

25 MEI 2011 :  Perbicaraan Terhadap 6 mahasiswa yang di dakwa telah berlangsung.Dan diputuskan 5 daripada mereka di gantung pengajian dan 1 orang didenda
Mohd Faiz Bin Mohd Arshad : Di gantung 2 sem pengajian
Mohd Aiman Bin Che Ab Razab  :  Surat amaran dan digantung 1 sem pengajian
Zukhilatif Bin Marzukhi  : Surat amaran dan di gantung 1 sem pengajian
Mohd Azlan Mat Zain  :  Surat amaran dan digantung 1 sem pengajian
Ahmad Remi Bin Md Arof  : Surat amaran dan digantung 1 sem pengajian
Mohamad Farhan Bin Mohamad Baharin  : Surat Amaran dan denda RM100

atas tuduhan-menyertai demonstrasi,memberikan ucapan dihadapan orang rami menggunakan pembesar suara (speaker corner),dan merayu serta mengadakan kenyataan akhbar dan kepada orang awam.

Akhirnya Demokrasi kampus telah dicabuli,suara-suara mahasiswa telah disekat..sahabat-sahabat kita dikenakan tindakan kerana mempertahankan hak anda mahasiswa,apa tindakan anda? hanya sekadar memerhati!!

Coret-Coret Cuti Semester..

Dalam 2 minggu lebih berada di kampung belum cukup mengubat rindu yang ada,teringat perbualan dengan adik kampung yang mengaji di rumah saya. "kak..kakak balik 19hb ni? kenapa awal sangat kak..siapa yang akan ajar kami mengaji dan solat kalau kakak balik.."terdengar lirih suara mereka,aduh..hati jadi berat,hanya mampu melemparkan senyuman.saya memahami keadaan mereka,ada yang tidak berkemampuan untuk pergi mengaji kerana yuran yang agak mahal..Masa-masa keemasan ini perlu dimanfaatkan untuk mereka,anak negeriku..adik-adik di kampungku.

KUIN : Prosiding Selesai – 5 Digantung Semester, 1 Didenda


KUIN, 25.5 : Proses perbicaraan terhadap enam pelajar Kolej Universiti Insaniah, Kedah telah selesai sebentar tadi.
Perbicaraan yang dilakukan atas pelbagai kesalahan itu telah pun diketahui keputusannya. (Laporan Lengkap Kes)
Lima daripada enam pelajar yang dibicarakan oleh barisan jawatankuasa tatatertib KUIN telah digantung pengajian mereka serta-merta manakala seorang pelajar lagi telah didenda.
Berikut adalah keputusan perbicaraan :

Monday, May 23, 2011

Surah Al zalzalah

بسم الله الرحمن الرحيم

اذا زلزلت الارض زلزالها * واخرجتالارض أثقالها* وقال
الانسان مالها* يومئذ تحدث أخبارها * بان ربك اوحالها*يومئذ يصدر
الناس أشتاتا ليروا أعمالهم* فمن يعمل مثقال ذرة خيرا يره * ومن
يعمل مثقال ذرة شرا يره

Ertinya : apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya
serta bumi itu mengeluarkan segala isinya
dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun)
apakah yang sudaj berlaku pada bumi??
pada hari ini bumi menceritakan khabar beritanya
bahawa tuhanmu telah memerintahkannya berlaku demikian
pada hari itu manusia keluar berserakan dari kubur masing-masing
untuk diperlihatkan kepada mereka balasan amal mereka
Maka sesiapa yang membuat kebajikan seberat zarah maka akan dilihatnya (dalam surat amalnya)
Dan sesiapa yang membuat kejahatan seberat zarah maka akan dilihatnya (dalam surat amalnya)

surah al zalzalah 1-8

Sewaktu turunnya surah alzalzalah ini semua PARA SAHABAT MENANGIS KEGERUNAN.
anda dan saya bagaimana?? (T_T)

Tuesday, May 17, 2011

Aliran Ilmu


Aliran ilmu,umpama aliran air, Air sentiasa mengalir dari tempat tinggi ketempat rendah, makin rendah sesuatu tempat tu maka makin banyak lah ilmu yang bertakung di situ. Justeru lembah dan lurah sering bertukar menjadi tasik,sungai dan ngarai. Maka begitulah juga ilmu, perlu di takung dengan Hati yang merendah diri. Semakin Tawadhuk seseorang itu semakin banyak ilmu yang bakal di miliki dan di warisi.

 Begitu juga adab dalam kehidupan,jika kita merendah diri kita boleh belajar dari semua orang,semua keadaan dan peristiwa.Sepertimana kata Luqman Al-Hakim ketika di tanya bagaimana dia mendapat Hikmah??dia menjawab "aku belajar Hikmah dari orang yang dungu,bila dia melakukan sesuatu aku takkan melakukannya."

Luqman Al-Hakim menjadikn si jahil sebagai guru..lantas kita bagaimana???

Petikan : buku Nota Hati Seorang Lelaki

Wednesday, May 4, 2011

Al Kisah Imam Abu Hanifah





Satu hari Imam Abu Hanifah sedang berjalan-jalan dan berjumpa seorang budak kecil memakai
kasut terompah kayu, kaki budak itu kecil tetapi kasut terompah itu besar, lalu berkata Imam 
Abu Hanifah, "Baik-baik berjalan wahai anak, nanti takut-takut kamu terjatuh, buruk padahnya."
Lalu budak itu pun tengok, memandang Imam Abu Hanifah lalu berkata dan bertanya, "Terima 
kasih pak cik nasihatkan saya, siapa nama pak cik?"...