Tanpa Kenal Lelah dan Jemu..Sampaikanlah Firman TuhanMU

Saturday, December 19, 2009






سبحاناللة الحمداللة اللةاكبر
Salam tahun baru 1431H buat pengunjung blog ini..seiring dengan tinta usia yang bertambah,moga lebih banyak manfaatnya untuk perjuangan islam..dan moga kita lebih bersedia sebagai mata rantai perjuangan dengan muwassafat tarbiah kendiri kita..jom kita gemilangkan kembali.zaman kegemilangan NABI MUHAMMAD S.A.W..dengan mendidik jiwa CINTAKAN KEMATIAN,SEPERTI MUSUH CINTAKAN KEHIDUPAN... اللةاكبر3x!!!!

Friday, December 18, 2009

wazakir 'ala nafsi

سبحاناللة الحمداللة اللةاكبر


Ukhti,
Sesekali tangisilah dirimu yang sering alpa dalam Gelak ketawa temanmu..
kelak kau takkan muda tertipu dengan kegembiraan yang palsu

Ukhti,
Hayatilah kehidupan insan-insan kerdil yang BERJIWA BESAR
Akan kau temui kelemahanmu dan besarnya keaibanmu

Ukhti,
Ketuklah pintu maghfirahnya yang tak pernah terkunci
Buat hamba yang tak pernah jemu mengunjungiNYA..
Akan kau nikmati ketenangan yang hakiki..

Ukhti,
Insafilah kesalahanmu,
kerana menafikan kesalahan terhadap kekasih (RABB) adalah satu kekhilafan yang besar

Ukhti,
Pandanglah kebelakang..
Kutiplah iktibar,teladan dan laluan hidup generasi yang mendahuluimu..
Pasti kaui temui langkahmu semakin mudah menuju redha tuhan

Ukhti,
Layarilah lautan makrifat..
Disitulah kau akan temui..
Kita bukan siapa-siapa didunia ini..
Hanya abdi yang bermusafir sementara..
Asal kita dari air yang hina..

Ukhti,
Jangan pernah jemu menggali ilmu rabbani..
Akan kau insafi besarnya kejahilanmu..
Tingginya egomu..

Ukhti,
Suburkan slogan keramat disanubarimu..
CINTAKAN KEMATIAN,SEPERTI MUSUH CINTAKAN KEHIDUPAN
Insyaallah hidupmu terarah hanya untukNYA..

catatan perjuangan

سبحاناللة الحمداللة اللةاكبر


Aku tersenyum bila teringat episod lalu..bersama teman-teman berusaha mengasah fikrah di jiwa.Terima kasih ya Allah,dengan rahmatMu kini aku dapat merasai nikmat iman dan islam,dengan izinMu kini aku masih tetap di jalanMU,walaupun seringkali langkahku pincang, dan bersama harapanku semoga diriku & sahabatku tetap berada di jalanMu,3 Mac 2007 bertempat dipejabat PAS kawasan Tawau pada jam 2 petang..masa tu aku dalam tingkatan 5 itulah buat pertama kalinya seawal usia bergiat dalam organisasi PERPPIS aku didedahkan dengan program Parti Islam Semalaysia (PAS), duduk dalam program sedemikian rupa apatah lagi program itu melibatkan pimpinan PAS pusat cukup membuatkan aku kecut perut..kerana masa itu aku tidak faham hakikat perjuangan dan aku sering dimomokkan dengan MATA-MATA SB ketika itu.Tapi Alhamdulillah bila hikmatul qaul dari pimpinan membuatkan aku sedar akan jalan ini.dan baru semalam ku belek catatan lalu yang pernah menyedarkan aku dan ku ulang kembali bacaan & tafakurku biar jiwa ini terus membara dengan hakikat perjuangan Rasul tercinta.inilah antara pesanan YB salahuddin Ayyub mantan ketua pemuda PAS pusat :

• Jangan jadikan perjuangan itu sebagai opsyen,tetapi perjuangan adalah satu kewajiban.

“Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan atau merasa berat,dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah yang demikian itu adalah lebih baik jika kamu mengetahui” Attaubah 41

Namun berapa banyak jiwa yang menceburkan diri dalam perjuangan ini tapi masih menganggap ianya ialah satu agenda yang memenuhi masa lapang??mengimpikan yang senang-senang di jalan Allah,tapi bila di uji sedikit kegagalan,kepayahan,
Kelaparan lantas diri tercicir kerana tidak tahan..(adakah aku begini???)

“Dan sesungguhnya kami pasti akan mengujimu dengan sedikit ketakutan(kepada musuh) dan kelaparan,kekurangan harta benda,jiwa dan buah-buahan.dan berilah khabar gembira bagi orang yang SABAR” al-baqarah 155

• Jika mengikut perjuangan selain kerana Allah kita akan mudah gugur dalam perjuangan.
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya kearah perkara yang ditujuinya itu. Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim
tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : إنما الأعمال

bagaimana UBUDIYAH kita kepada Allah itulah yang menjamin keistiqomahan dalam jalan dakwah dan perjuangan ini, bukan kerana nama,bukan kerana mencari rezeki bukan juga medan mencari jodoh & bukan kerana adanya teman-teman. Seandainya kita menyertai jalan dakwah dan tarbiah ini selain Allah maka kita kan mudah gugur,kerana apa yang selain Allah itu adalah lemah,maka kita kan turut lemah..bergantung pada makhluk membuatkan kita tak yakin jika teruji dengan kesusahan.(adakah aku begini??)
• Proses membina jati diri itu ada perlu ada sifat sabar
“Dan mohonlah pertolongan pada Allah dengan sabar dan solat,dan sesungguhnya solat itu sangat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk” al-baqarah 45

Allah akan memberikan ganjaran yang sebesar-besarnya dan darjat yang setinggi-tingginya bagi orang-orang yang lulus dalam ujian dakwah,jika ujian dan dugaan yang diterima hanya yang mudah-mudah sahaja tentu ganjarannya tidak hebat,maka disitulah letaknya hikmah setiap ujian.kerana dakwah bukan sekadar menyeru orang tapi juga menyeru diri sendiri.lantaran dalam proses membina tarbiah kepimpinan perlunya sifat sabar atas segala sabar.
• Pejuang sebenar ialah yang sentiasa merasai kesusahan orang lain (masyarakat)
“seonggok manusia terkapar,siapa yang mengaku brtanggungjawab? Bila semua pihak menghindar,biarlah saya yang menanggungnya,semua atau sebahagiannya,saya harus mengambil alih tanggungjawab ini dengan kesedihan yang sungguh,seperti saya menangisinya saat pertama kali menginjakkan kaki di mata air peradaban moden ini”
Hikmatul qaul : K.H Rahmat Abdullah

• Kita wajib meletakkan keyakinan yang tinggi pada Allah
“jika Allah menolong kamu,maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu,tapi jika allah membiarkanmu (tidak memberimu pertolongan) maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu?kerana itu hendaklah dengan Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakkal" Ali imran 160

Jalan dakwah dan perjuangan tidak menghamparkan karpet merah,tidak menghidangkan yang jamuan indah-indah,jalan ini sangat susah dan sukar,namun sesukar mana ranjau yang dilalui pasti pertolongan Allah menyertai,dan kemenangan dalam jalan ini hanya akan tercapai bagi mereka yang mampu bersabar dan memandang setiap satu ujian adalah tarbiah dari Allah.terkadang hati dijerut perasaan resah mungkin berpunca dari kelemahan diri hingga membuatkan kita tidak yakin untuk melangkah gagah jalan teratur cantik,tapi bila kita meletakkan bahawa Allah tidak memandang natijah tetapi Allah memandang sejauhmana kita mahu berusaha,hati nan lara sentiasa terbujuk.beza sekali dengan yang meletakkan selain allah,diri sentiasa lemah dan paling menyedihkan diri bisa future saat mahu sampai di garisan penamat, na’uzubillah..sedangkan seorang abid yang beribadah 500 tahun akhirnya kecundang kerana merasakan diri sudah hebat didalam ibadah,apatah lagi kita yang tidak punya apa-apa..mau menyombong dengan amal yang bersalut riak atau mau berbangga dengan stain pejuang agama tetapi ternyata jiwa kosong dengan tarbiah,.maka waspadailah hati yang sentiasa berteman nafsu.

Friday, December 11, 2009

ke dalam diri..

سبحاناللة الحمداللة اللةاكبر

“sebelum mata terlena,dibuaian malam gelita,tafakurku dipembaringan, mengenangkan nasib diri,yang kerdil,lemah dan bersalut dosa..mampukah ku mengharungi,titian sirat nanti,membawa dosa yang menggunung tinggi,terkapai ku mencari limpahan hidayahMU..sebelum mata terlena dengarlah rintihan hati ini,tuhan beratnya dosaku,tak daya kupikul sendiri,hanyalah rahmat & kasih sayangMu yang dapat meringankan,hulurkan maghfirahMu,andainya esok bukan milikku lagi dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi..sebelum berangkat pergi kedaerah sana..lepaskan beban ini yang mencengkam jiwa dan ragaku..selimuti diriku,dengan sutera kasih sayangMu,agar lena nanti,ku mimpikan syurga yang indah abadi,pabila kuterjaga,dapat lagi kurasai,betapa harumnya wangian syurag Firdausi oh ilahi,disepertiga malam,sujudku menghambakan diri akan kuteruskan pengabdiaanku padaMu’’

Inilah yang kurasai setiap kali malamku tiba…malam-malam yang kulalui sentiasa dijerut sayu yang teramat mencengkam jiwa..hatiku bermonolog apakah sudah diriku mencapai piawaian sebagai hamba??? Atau masih terlalu banyak kurangnya??apa aku masih lemas atau sudah bisa menyelam di dunia ini..bagaimana ibadahku? Adakah benar-benar mengharap rahmat atau pandangan manusia..bagaimana Hablumminallahku..adakah aku sekadar menjadikan Allah sebagai Alat mendapat sesuatu??atau benar sebagai matlamat melepaskan rindu sang hamba..bagaimana hablumminannasku?? Adakah aku terpenuhi hak mereka?? Atau masih hasad dan prasangka yg merajai hati..apakah yang aku buat untuk islam??adakah sekadar retorik semata-mata?? dan jiwa kosong dari tarbiah.??.keseringkalian langkahku pincang dalam menapak dijalan perjuangan ini,membuatkan hatiku sedih sendiri,apa yang aku sumbangkan untuk islam & jema’ah ??..bagaimanakah hatiku..??rasa tersanjungkah dengan prasangka baik teman-teman??dengan sangkaan solehanya,alimnya,pandainya menjaga muamalat,sifat da’inya??meyakini semua itu tanpa rasa ngeri terhadap ujubnya diri?? Aku termanggu dengan kata-kata saidina Abu bakar assiddik ‘Ya Allah,jadikanlah aku lebih baik dari sangkaan mereka,janganlah engkau hukum aku kerana ucapan mereka, dan ampunilah aku lantaran ketidaktahuan mereka’ ucapnya lirih..
Semuanya menjadi persoalan diminda..tika dinihari itu tiba aku mahu berusaha menjadi sang hamba yang santak berzikir meratib asma’ yang esa, melepaskan segala lelah..memohon agar bisa kurandai segala ujian yang menghiasi perjalanan hidup..samada ujian dari luar atau ujian yang datang dari dalam diri sendiri..meskipun langkahku sumbang dan aku terpaksa bertongkat, meskipun aku ditinggalkan sendirian lantas aku kesunyian..ku mohon titipkanlah secebis kekuatan,janganlah aku futur di jalan MU..





Tersesat di belantara sepi
Lebih baik dari tersesat di ambang kejahilan
Jalan keluar sukar kelihatan tanpa peta
Atau kompas dapat menyelamatkan..
Melainkan ilmu yang menggunung dan amal yang berterusan..

Tenggelam disamudera luas
Lebih baik dari tenggelam dilautan nafsu
Sukar di kawal oleh sebarang radar
Hanya kekejaman yang berpanjangan

Dibaluti dengan kemiskinan
Adakalnya lebih baik dari dibalut dengan kekayaan
Kerana ia sering membuatkan mata buta
serta mengelabui mata hati

terdampar digurun gersang
adakalanya lebih baik dari terdampar di jurang dosa
air dan minyak tidak dapat dibersihkan
melainkan ada yang sudi menyelamatkan


Terasing disisi insan
Tidak terasing disisi tuhan
Namun mampukah aku menghadapinya sendirian

BINTANG SEORANG TEMAN

سبحاناللة الحمداللة اللةاكبر


“Bila engkau melihat ke dada langit,pada waktu malam mesra menghamparkan kasih..carilah sebutir bintang paling karib disisi bulan, kerana itulah bintangku, biar jarak waktu memisahkan ita kau pasti akan melihat bintang yang sama”

Inilah bicara buat teman-temanku…kenapa aku mau jadi seperti bintang dihati kalian…kerana bintang penghias malam dan peneman sang rembulan dikala ia kesepian..bukankah bintang dijadikan petunjuk bagi mereka yang bermusafir , bukankah bintang menjadi petunjuk bagi mereka yang sesat dihutan dan disamudera luas,bukankah bintang jua dijadikan petunjuk arah kiblat…pasti aku mau menjadi seperti bintang..bahkan jika rasulullah umpama bulan aku mau menjadi pendamping yang paling akrab,jika islam umpama bulan aku mau menjadi pengawal yang paling setia dan jika teman-temanku umpama bulan,aku mau menjadi sebahagian dari hidup kalian yang menyenangkan dan memudahkan.. memiliki teman seperti kalian merupakan hadiah dari pencipta buatku..kalianlah perkara terbaik yang pernah hadir dalam kamus hidupku..punya teman yang mengingatkan pada Allah membuatkan jiwa sentiasa merasa rindu padaNYA..ada peribadi yang bicaranya hikmah mendidik jiwa..ada yang mampu terima diriku seadanya..ada yang menjadi pendengar yang setia meskipun terkadang dia tidak faham bicaraku..ada yang mendidik sifat tenang menghadapi masalah..meskipun aku berjalan merata dunia..meskipun aku bertemu dengan ramai teman di tempat lain..tidak akan sama teman yang kutemui di medan dakwah ini…tarbiahnya sentiasa kena dihati meskipun tanpa kalam berbicara.. aku masih ingat waktu malam muhasabah di masjid..sambil memerhati bintang dilangit..dengan hati yang senang sambil memerhati keindahan malam yang menyimpan 1001 rahsia,itulah ciptaan Allah yang maha indah,kita berbahas pasal tarbiah hati,cinta ilahi,dakwah islami semuanya mesti kerana Allah…bukan kerana siapa-siapa..tetap terasa dihati marahnya kalian kerana allah..sayangnya kalian juga kerana Allah..memendam hati yang terluka juga kerana Allah..bila ujian hati melanda kalian sering mencari waktu agar dapat berbicara pada DIA, merintih pada DIA,.aku suka peribadi kalian yang ini, mengharap pada yang ESA,sekalipun perit menelan hakikat ujian,tetap juga rasa manisnya yang sukar untuk digambarkan,kita sama-sama pernah merasainya duhai teman..aku teringat hikmatul qaul seorang sahabat baginda S.A.W,Amirul mukminin Umar Al-khatab berkata “nikmat terbaik selepas nikmat iman dan islam adalah teman yang soleh,jika engkau dapati dia dalam hidupmu maka peganglah ianya baik-baik”..aku mau berusaha menjadi teman terbaik untuk kalian,memberi kasih sayang tanpa mengharapkan balasan..kerana kalianlah teman perjuanganku,kalian pembina semangat dan penunjuk jalan,macam orang putus asa sesat pada waktu malam..tetapi bila memandang kelangit hati akan jadi tenang,kerana ada bintang yang indah,ia menunjukkan jalan diwaktu malam kelam dan suram..malam-malam yang berlalu,pasti ku intai ke dada langit untukku cari sebutir bintang yang paling karib disisi Bulan kerana itulah BINTANG SEORANG TEMAN..


untukmu sahabat

Min : Imtiaz fisabilillah