Tanpa Kenal Lelah dan Jemu..Sampaikanlah Firman TuhanMU

Thursday, May 10, 2012

Itu Anak Pakcik, Ya Akhi!

Bukan sekali dua.
Sering benar saya ditanya dengan soalan yang sama. Seperti bermusim.
Jika di tahun 2010 saya didatangi soalan-soalan berkisar tentang suami yang bosan dengan isteri di kalangan mahasiswa dan mahasiswi yang berumahtangga semasa belajar, terkini saya dihujani pertanyaan, “bolehkah seorang akhi meminang seorang ukhti tanpa membabitkan bapa ukhti berkenaan kerana si akhi belum bersedia?”

Wednesday, May 2, 2012

3 mei 2012.. genap umur 22 tahun, kiranya 22 tahun saya hidup dan menghirup udara yang Allah berikan. Terima Kasih Allah, kerana sudi memberikan ruang dan peluang untuk hamba hidup,Terima Kasih juga kepada sahabat-sahabat yang mengingati diri ini dengan doa. 'sesungguhnya ukhwah seorang saudara itu adalaha didalam doa'.  Mengingatkan kalam kekasih Allah ''Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka”. soalnya saya dan anda di kedudukan yang mana..

     Ya Allah, dikesempatan ini, kumohon anugerahkanlah aku hati yang mencintaiMU..sehebat cintaMU pada hamba-hambaMU walau hanya secebis cuma..

Friday, April 20, 2012

Dengan nama Allah..sudah lama tidak menulis, yang pastinya blog ini sudah bersawang setelah sekian lama di tinggalkan..insyaAllah, akan mula selepas exam .

Wednesday, September 21, 2011

Musafir Di Jalan Allah



Salam juang sahabat..
Berat untuk terima taklifan baru ini, tapi usaha juga naturalkan dan positifkan perasaan,
Bahawa inilah kerja Islam.

*Musafir di jalan Allah
Harus Gagah seperti  Zainab Al-Ghazali
Tanah yang gersang disuburkan dengan
Darah Jihad Dan JIWA PAHLAWAN

Bumi ini
Akan menanti dan terus menanti
Hadirnya barisan warisan perjuangan

Tuesday, September 13, 2011

Demokrasi : Sistem Islam?


Salam Perjuangan.. jika orang bertanya kenapa gerakan islam mengamalkan sistem demokrasi sedangkan, demokrasi bukan sistem islam..jom ikuti kupasan Dalam Yusuf AlQardhawi dalam kitab karangan beliau.. Fiqh ad-daulah


*1 Demokrasi ialah kesepakatan rakyat untuk memilih sebahagian orang yang akan memerintah dan mengatur urusan mereka.Dengan Cara itu rakyat akan terhindar daripada memiliki pemimpin tidak mereka kehendaki atau sistem yang tidak mereka sukai. Rakyat juga berhak memperhitungkan kesalahan seorang pemimpin untuk memecat dan menggantikannya dengan orang lain jika ia terbukti menyeleweng kekuasaannya. Dengan system demokrasi diharapkan rakyat tidak rasa terpaksa untuk mengikuti satu sistem ekonomi,sosial, budaya dan politik yang tidak mereka kehendaki. Orang yang menentang keinginan rakyat layak untuk diberi peringatan dan teguran.Malah jika mereka berkeras untuk memberontak mereka patut diperangi dan dihukum.

Monday, July 11, 2011

Muhasabah Sebelum Ramadhan.



Hidup Ibn Sedar..Jumpa tuhan tak jumpa agama,itu terjemahaan ringkas tentang hikayat seorang lelaki pada zaman Andalus. Namanya Hayy Ibn Yakqhdan.Anak muda yang tercampak kesebuah pulau asing,dan sejak kecil dia bersendirian tanpa pernah bertemu dengan manusia lain. Ala-ala kisah Robinson Crusoe kurun ke 18.
Hayy Ibn Yaqhdan tak pernah tau apa itu agama,dia membesar dengan belajar hokum alam disekitarnya.Belajar mengajuk cakap binatang,belajar berkomunikasi dengan mereka dan dengan mematuhi hukum alam itu dia selamat.Namun dalam diri Hayy ada satu unsur yang kuat untuk dia melihat apa yang tersirat disebalik yang tersurat.Unsur yang membolehkannya berfikir tentang kuasa agung disebalik semua material yang mengelilinginya.Semua ini tidak bermakna kecuali dihubungkan dengan kuasa agung itu.
Hayy tersu menelaah kehidupannya sampai dia berasa yakin bahawa TIADA KEBAHAGIAAN DALAM HIDUP INI KECUALI BERTAFAKUR DAN MERENUNG KUASA AGUNG ITU,Dialah Tuhan.

Tuesday, June 28, 2011

Seloka : BERSIH 2.0

Pencak anak muda,
Himpun di ibu kota
Menggegar kawasan durhaka,
Melakar sejarah negara.
Hadir bukan untuk bertempur
Namun semangat JIHAD membara
Disembur TIDAK undur
Dipukul tetap mara
-Ustaz Norazli-Mantan Ket Pemuda Pas Perak
Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.
.A. SAMAD SAID