سبحاناللة الحمداللة اللةاكبر
Resahnya hati bila memikirkan generasi akan datang..terdedah dengan budaya hedoniesme,sehingga terlupa terhadap agama & syariat..hidup bersendikan budaya yang jauh dari nilai-nilai islami..bagaimanakah generasiku nanti?? Moga mereka tergolong dalam generasi GHUROBA’, walaupun asing disisi manusia,tapi tidak terasing disisi Allah
Kata pepatah,
Melentur buluh biar dari rebungnya
Kerana bila sudah menjadi buluh..
Diurut payah dilurut patah,
Mendidik sewaktu kecil
…bagai mengukir di atas batu
Mendidik ketika dewasa
..bagai melukis diatas pasir
Tapi bagaimana kiranya
Jika diperingkat rebung lagi air sudah sekah
Sudah reput dan sudah rekah
Rosak sudah dipangkal
Punah sampai kehujung
Keruh sudah dihulu kelodak sampai kehilir
Di awal apa Bismillah
Di akhir lupa Alhamdulillah
Jenayah diperingkat sekolah
Masalah lama terus menyerlah
Barah yang sudah lama membengkak
Kini meletus mengluarkan nanah
Kata sesetengah pihak “ini masalah kecik”
Tak sampai ketahap kronik
Peratusnya tak sampai Satu
Tak perlu diheboh-hebohkan dulu
Kata sesetengah yang lain pula “ini masalah Negara”
Tunas generasi sudah tercalar
Kanak-kanak lagi sudah tercemar
Apakan lagi bila remaja
Apatah lagi bila dewasa
Mari kita tafakur sebentar
Menganalisis produk dari kilangnya
Melihat kuih dari acuannya
Menilai rintik si anak dari borek bapanya
Mari kita susur ke akar
Mencari jati diri pada hakikat
Mentafsir asal mula pada yang tersirat
Justeru jenayah atau apa sahaja
Ialah buah,ialah natijah
Asal muasal dari mukaddimah yang salah
Awal bermula dipertemuan ibu bapa
Perkenalan dan cinta jangan dicemari dosa
Pertunangan & pernikahan disusun penuh syariat
Nikah yang berkat bersendikan hukum Allah
Ketika hendak “bersama” dimulakan dengan doa
Agar anak yang bakal dikurniakan
Selamat dari gangguan syaitan
Dirahim ibu anak disimpan
Dibajai dan disuburkan dalam belaian al-quran
Surah luqman,yusuf dan mariam
…agar degup jantung, aliran darah & denyut pernafasan
Dalam selubung kebaikan,dalam lindung keridhoan
Lahirnya dilaungkan azan,iqamat,tahnik lalu..
Dinamakan Muhammad..sempena insan teladan
Adam, Isa, Ilyas, Yusuf..berkat nabi dan rasul pilihan
Di kalangan para pejuang & penegak kebenaran
Para syuhada dan para solihin
Di didik putra-putri mengenal Allah
Diteraskan al-quran,berasaskan assunnah
Di ajar beradab & beribadah
Menerusi sejarah hidup Rasulullah
Biar program awalnya bersih dan putih
Akar tunjangnya teguh kukuh
Jiwa, akal, emosinya gagah
Bersendikan Awaluddin Makrifatullah (Awal agama mengenal Allah)
Ajarkan dia menghitung dosa
Disamping belajar menghitung angka
Asuhlah dia membaca dengan roh iqra’ daripada yang esa
Ketika sudah pandai menulis
Dia seharusnya sedar tipuan iblis!
Ajar dia mengenal yg dicipta
Berasaskan iman kpd Pencipta
Ketika berinteraksi sesama insan,
Jangan lupa komunikasi dengan Tuhan
Ketika hendak menenguk nikmat
Jangan lupa pemberi nikmat
Kenalkan Allah pada hatinya
Nescaya kenallah dia pada ibu bapa, masyarakat, dan Negara
Tetapi kalau dia lupa pada DIA
Dia akan lupa segala, juga lupa pada dirinya
Berhenti sejenak disatu destinasi
Istirehat sejenak mengatur koreksi
Kita tidak boleh lagi terus-terusan begini
Menghasilkan penghuni pusat serenti
Menghasilkan manusia bohjan bohsia
Masalah dadah dan juvana
Ini bukan soal pendekatan
tapi ini soal prinsip dan keyakinan
Jangan persoalakan kecil besar, banyak atau sedikit
Ini bukan soal statistic atau data
Bukan soal diskusi atau seminar
Tetapi soal manusia
Ya! Siapa menyemai gelombang
Dia akan menuai badai
Bila rebung-rebung menjadi rentung
Kita perlu kembali kebenih
Betulkan mukaddimah..indahlah natijah