3 mei 2012.. genap umur 22 tahun, kiranya 22 tahun saya hidup dan menghirup udara yang Allah berikan. Terima Kasih Allah, kerana sudi memberikan ruang dan peluang untuk hamba hidup,Terima Kasih juga kepada sahabat-sahabat yang mengingati diri ini dengan doa. 'sesungguhnya ukhwah seorang saudara itu adalaha didalam doa'. Mengingatkan kalam kekasih Allah
''Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari
kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama
seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari
ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang
celaka”. soalnya saya dan anda di kedudukan yang mana..
Ya Allah, dikesempatan ini, kumohon anugerahkanlah aku hati yang mencintaiMU..sehebat cintaMU pada hamba-hambaMU walau hanya secebis cuma..