Tanpa Kenal Lelah dan Jemu..Sampaikanlah Firman TuhanMU

Sunday, March 27, 2011

Menuju PRU 13 : Peranan Mahasiswa


Menuju PRU 13..

Mahasiswa merupakan golongan ‘third force’ yang bila-bila masa sahaja akan membuat keputusan penentu sama ada mengekalkan kepimpinan yang ada atau menggulingkan kepimpinan baik di negeri Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR).
Mantan Setiausaha Gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohd Ridzuan Othman berpendapat, mahasiswa berperanan sebagai ‘check and balance’ yang akan menentukan sokongan kepada kerajaan yang diperintah BN ataupun pembangkang bukan kerana agenda politik mereka tetapi menilai sejauh mana ketelusan, keadilan dan kesaksamaan yang dibawa oleh sesebuah parti dalam negara.
Beliau menegaskan “tidak perlu melabelkan mahasiswa pro kerajaan atau pro pembangkang.

Episod Seks Di Malaysia Tidak Berkesudahan??


Pendekatan politik negara kita kebelakangan ini bukan lagi berkisar soal ‘ideologi melawan ideologi’ (Model Ekonomi Baru atau Nasionalis melawan Agenda Ekonomi Malaysia, Buku Jingga atau Islamis/Demokratik/Liberalis), tetapi ‘pembunuhan watak’ musuh politik.

Wednesday, March 9, 2011

Menikah Di Jalan Dakwah..



TULISAN : Ida Nur Laili (Isteri Cahyadi Takriawan : Aktivis PKS)
Sumber : Dijalan Dakwah Aku Menikah
Menikah sepertinya indah dan penuh bunga2 harapan.Memulai hidup dengan seseorang yang akan kita cintai sepenuh hati.Membingkai ibadah dalam kehidupan dgn sebuah rumah tangga,betapa keindahan itu tidak bisa di ungkap dengan kata2.Siapapun yg membayangkan keindahan itu pasti akan berpikir tentang pernikahan dan rumah tangga.
Tetapi menikah juga akan menyiratkan segurat kekhawatiran,mungkinkah ada seseorang yang tepat bagi saya? Bukan sahaja tetap pada pandangan fisik duniawi tapi tepat dalam semangat dan cita-cita untuk sentiasa produktif berkarya buat ummah.Meski samar dan tersembunyi,dalam lubuk hati tetaplah ada kegelisahan.
Perasaan sedemikian pasti akan menghinggapi setiap gadis,sebelum akhirnya ia terpaksa menganggukkan kepala atas ‘proposal’ pembentukan organisasi kecil bernama rumah tangga.Meningat separuh agama akan dipertaruh dalam ikatan itu,menikah dengan demikian benar2 keputusan besar yang akan mengubah hidup seseorang.Jika anda seorang muslimah,anda harus rela membuka ruang ‘intervensi’ yang mengganggu ”kemerdekaan” anda selama ini.Tiba2 ada seseorang yang punya hak untuk menanyakan kemana anda pergi,bukan sahaja bertanya tapi menyuruh atau melarang.Tiba2 sahaja ada seseorang yang berhak tahu segala tentang diri anda luar dan dalam,hingga ke emosi dan perasaan anda..sepertinya agak seram ya…

Wednesday, March 2, 2011

Bintang Di Langit Malam



Dapatkah aku menjadi seperti bintang di langit malam
Hadirnya sebagai peneman sepi sang bulan
Sinarnya menjadi penghias malam yang kelam
Mendamaikan setiap jiwa yang memandangnya
keindahan menyihir pandangan mata
menjadi pentunjuk tatkala sang musafir sesat di samudera luas

aku ingin sekali menjadi seperti bintang di langit malam
yang setia pada malamnya
yang karib pada bulannya
yang mendamaikan mata pemerhatinya
yang memberikan petunjuk para musafirnya..
Seandainya Rasulullah umpama bulan
aku ingin menjadi pendamping yang paling akrab
seandainya Islam umpama bulan
aku ingin menjadi pemagar dan pemelihara yang paling setia


Tuesday, March 1, 2011

Cerita Dari Hati

Senang benar lisan berbicara hakikat PERJUANGAN
sedangkan realiti sebenar PAHIT untuk kita rasakan

Singsingkan lengan baju,
pacakkan azam,
ukirlah hari esok untuk pertiwi jaya,
bergandingan tangan tuk meraih redha Allah,
buatlah negeri ini selalu tersenyum,
bahagia dan sejahtera dalam cintaNYA,
tiada lagi resah,tiada lagi duka lara..

Seringkali hati dan fikiran melayang ke bumi peladang yang nun jauh di sana, kerana dibumi peladang itulah saya mula mengenali manhaj hidup seorang muslim,menyedari bahawa jadilah manusia yang memanusiakan manusia.