Tanpa Kenal Lelah dan Jemu..Sampaikanlah Firman TuhanMU

Monday, July 11, 2011

Muhasabah Sebelum Ramadhan.



Hidup Ibn Sedar..Jumpa tuhan tak jumpa agama,itu terjemahaan ringkas tentang hikayat seorang lelaki pada zaman Andalus. Namanya Hayy Ibn Yakqhdan.Anak muda yang tercampak kesebuah pulau asing,dan sejak kecil dia bersendirian tanpa pernah bertemu dengan manusia lain. Ala-ala kisah Robinson Crusoe kurun ke 18.
Hayy Ibn Yaqhdan tak pernah tau apa itu agama,dia membesar dengan belajar hokum alam disekitarnya.Belajar mengajuk cakap binatang,belajar berkomunikasi dengan mereka dan dengan mematuhi hukum alam itu dia selamat.Namun dalam diri Hayy ada satu unsur yang kuat untuk dia melihat apa yang tersirat disebalik yang tersurat.Unsur yang membolehkannya berfikir tentang kuasa agung disebalik semua material yang mengelilinginya.Semua ini tidak bermakna kecuali dihubungkan dengan kuasa agung itu.
Hayy tersu menelaah kehidupannya sampai dia berasa yakin bahawa TIADA KEBAHAGIAAN DALAM HIDUP INI KECUALI BERTAFAKUR DAN MERENUNG KUASA AGUNG ITU,Dialah Tuhan.