Tanpa Kenal Lelah dan Jemu..Sampaikanlah Firman TuhanMU

Sunday, February 14, 2010

Generasi Al-Quran





سبحاناللة الحمداللة اللةاكبر


Generasi dambaan itulah generasi al-quran,dan generasi al-quran yang lahir pada zaman baginda rasulullah adalah generasi yang sangat he
bat.mendengar tentang kesempurnaan iman dan akhlak mereka cukup membuatkan kita teruja,malah kita merasakan peribadi ajaib ini wujud di alam imaginasi semata-mata.namun kewujudan mereka adalah satu realiti,mereka pernah hidup dan menggegarkan dunia dengan peribadi unggul.
Generasi para sahabat adalah sebaik-baik generas
i,hingga kini sejarah menjadi saksi bahawa generasi itu masih belum ada pengganti.ya!memang benar tokoh islam lahir pada setiap zaman namun tidak dalam kelompok yang besar seperti para sahabat.Satu generasi mereka semua adalah tokoh..apa rahsianya??bagaimana interaksi mereka dengan al-quran setiap hari?? mari bandingkan antara mereka dengan kita..




Hari ini kita mungkin mendekati al-quran ketika ada kawan-kawan terkena histeria,sampuk,sihir atau ada sesuatu kejadian yang meremangkan bulu roma.Mungkin juga mendekati al-quran untuk memantapkan assigment atau sekadar mengukuhkan hujah pidato.Mungkin juga sebagai rutin harian bacaan selepas solat,sedap didengar dan menenangkan jiwa.Mungkin juga kita mendekati al-quran sewaktu ada pertandingan tilawah..setakah itukah interaksi kita dengan al-quran????


Para sahabat Rasulullah s.a.w menerima al-quran laksana seorang askar menerima arahan ketuanya "YES SIR!!" lalu terus bertindak.Mereka mendekati al-quran dalam setiap gerak langkah dan nadi yang berdenyut.Setiap urusan hidup samada peribadi atau urusab masyarakat berlandaskan arahan dan perintah Allah.Petunjuk al-quran menyuluh pertimbangan hidupnya.tiada satu pun urusan yang diketepikan daripada petunjuk al-quran.Mereka belajar al-quran untuk terus dilaksanakan tanpa bertangguh!!.kita pula sekadar untuk membuat kajian.."nak laksanakan..err nanti dululah"..inilah antara faktor yang menyebabkan kita da mereka sangat jauh berbeza..




Al-quran mengajar kita satu cara hidup yang mulia.Memilih untuk hidup dengan petunjuk al-quran samalah seperti memilih kemuliaan.memilih untuk hidup tanpa petunjuk samalah seperti memilih kehinaan dan kejahilan.Remaja al-quran cukup terarah dalam dilema hidupnya kerana mempunyai petunjuk yang cukup jelas iaitu al-quran dalam membuat pertimbangan.
maka remaja al-quran tiada masalah dalam memilh.contohnya samada memilih untuk jadi lelaki sejati atau mak nyah? wanita atau menjadi tomboy? tutup aurat atau jin's ketat?hantar sms kepada si dia atau ustaz?layari laman web lucah atau ilmu?merempit atau beribadat? bercinta sebelum kahwin atau cinta selepas kahwin? pilihlah dan jawablah sendiri dihadapan Allah kelak..


No comments:

Post a Comment