salam perjuangan..
artikel ni hasil tulisan Ust.Hasrizal, mungkin boleh di manfaatkan bagi sahabat yang ingin mendirikan rumah tangga"Mencabut adat yang asing drpd islam,tidak semudah mencabut kemuncup di kain" maka serulah kejalan tuhanMU dengan hikmah dan bijaksana,fikirkanlah..
'Biar Mati anak,jangan mati adat' keras sungguh pepatah itu,sehingga menyakitkan jiwa melayu baru,bahawa jelek benar pemikiran org dulu.sanggup mati anak semata-mata pertahankan adat.
Kita tidak boleh memahami bahasa dahulu dengan pemikiran hari ini,Bahasa lama perlu fikir cara lama.Orang melayu membungkus agama dan adat dalam satu peti emas yg di anggap sebagai jati dan harga diri.Agama dan tatasusila melayu,berfungsi untuk membentuk sebuah kehidupan yang sopan,berseni dalam berakhlak,supaya cantik dipandang dan manis di rasa.
Maka jika kita bertemu watikah bertulis 'hukum adat',janganlah terus dihumban ketepi bahawa adat itu adlh budaya resam yang merosak agama,adat itulah agama pada bahasa Melayu lama.
TEPUNG TAWAR
Fikiran ini muncul semasa saya berbual dengan abg Devish Kumar Danial Kakulai,calon peserta didalam rancangan cari menantu TV 9.Kami berbual tentang satu aspek perkahwinan bangsa Melayu,iaitu soal tepung tawar.
Mahu tidak mahu,pelbagai fatwa telah dikeluarkan tentang soal menepung tawar,malah Brunei yg kuat berpegang dengan adat sendiri pun,berfatwa pada tahun 2003,menegahnya.Menepung tawar,bersanding,merenjis bunga mawar,menabur beras adalah signifikan agama hindu disebaliknya,ia bukan sekadar budaya,ia agama.Tentu sahaja bagi Danial dan abangnya lebih faham erti disebalik 'amalan' itu.Fatwa tetap fatwa,hukum tetap hukum.
Namun usaha menjernihkan agama dan adat jauh lebih sukar dari yang dijangka.Walaupun nyata bersalahan dengan agama,mencabut adat yang asing daripada Islam,tidak semudah mencabut kemuncup yang melekat di kain.Akarnya dalam mendasar,batanganya tajam berduri.Mencabutnya dengan tergesa-gesa hanya akan mengundang luka.khususnya adat yang bersangkut dengan maruah keluarga,adat itu jadi lebih rumit,apabila bersangkut dengan perkahwinan.
Ramai generasi celik islam hari ini mahukan perkahwinan yang bertepatan dengan sunnah,jauh dari bidaah dan ringkas perjalanan dan belanja.Namun apa pula kata orang tua-tua? saya pernah bertanya kepada orang tua "Mengapa tidak diringkaskan sahaja walimah sanak saudara?" jawab pakcik saya ringkas "Ringkas-ringkas itu agama tapi jangan samapai menimbulkan tanda tanya".."tanda tanya yang bagaimana?" saya kurang jelas "Ringkas kadang2 dilihat sebagai tergesa-gesa.Bagai ada yang tidak kena" itu komen pakcik saya.
Saya faham apa yang dimaksudkan.ketika dua keluarga baru menyatu saudara,soal maruah dan harga diri amat penting jangan dicemar.Mahu tidak mahu,benci atau suka,begitulah orang Melayu.Orangnya bercakap halus kadang2 tidak didengar,sering pula jadi dibelakang.Maka orang tua enggan menanggung rumah yang telah siap,tapi pahatnya masih berbunyi.Pengalaman saya dan isteri,ketika mahu berumah tangga sedikit sebanyak adalah pengalaman yang boleh dikongsi.setelah cinta kami terbit dimedan dakwah,perkahwinan itulah model kefahaman kami terhadapnya.Rumah tangga mahu dibina bermula dari langkah yang bersih dan perkara yang tidak di ingini
BERSANDING
Tentu sahaja isu paling utama soal bersanding.Pernikahan saya berlangsung dirumah pengantin perempuan, dinikahkan sendiri oleh bapa mentua.disisi sebelah kanan ada pelamin yang tersedia.saya sudah memahaminya rombongan yang ikut saya turut teruja.
Keesokan pagi sebelum bertolak kerumah pengantin perempuan,saya menerima panggilan telefon dari seorang penduduk kampung. "Assalamualaikum ustaz,hai berceramah sana-sini,tapi semalam nampak macam ada pelamin aje!apa hal?"tanya beliau.Tentu sahaja fikiran saya amat terganggu dengan panggilan itu.Hanya tinggal sejengkal nak masuk ke alam baru.Saya perlukan keyakinan diri untuk hari ini,tetapi ada pula panggilan nakal seperti itu tak supporting sungguh!
Saya kuatkan semangat dan fokus kembali apa yang saya boleh kawal.Saya malah isteri,tidak berupaya untuk menentukan sesuatu yang dikongsi dengan keluarga.maka kami berjanji untuk mengawal dan mempertahankan diri sebaik yang kami terdaya.
Setibanya dirumah pengantin perempuan,dengan iringan kompang,saya melangkah antara debar dan tenang. saya berdebar kerana terlalu ramai mata yang memerhati dan mereka akan memerhatikan saya duduk di kerusi yang dinamakan pelamin.Namun saya tenang kerana saya tahu apa yang sedang berlaku pada masa itu. Fikiran saya terkenang kembali kepada penjelasan ibu mentua saya beberapa hari sebelumnya.
"kalau sekadar nak buat meja makan beradat,takkanlah tetamu dan menantu terus ke meja makan sahaja, tentulah masuk kerumah dulu,jika tidak masuk rumah,sedih pulak si tuan rumah.Dan kalau sudah masuk rumah,kita elokkan sikit kerusi tempat anak menantu nak duduk,itu sahaja bukan nak menunjuk apa-apa"bersungguh-sungguh emak mentua saya meberikan penjelasan.
Terharu..
kalau nak di ikutkan tidak perlu emak menjelaskan kepada saya.Saya mahu mengahwini anaknya dia berhak untuk menentukan apa sahaja.Tapi dalam keluarga,kasih sayang bukan soal siapa betul,siapa salah.kasih sayang ialah soal siapa menang,siapa kalah.Dan tiada siapa yang mampu mengalahkan kasih sayang ibu anak menantu.Anak hanya belajar menghargai kasih ibu bapanya apabila akal sudah hidup dikepala,namun
ibu bapa sudah menyayangi anak sebelum lahir kedunia.ibu mentua saya sudah membahaskan dirinya emak pada hari pertama saya datang merisik.Tiada siapa yang dapat mengalahkan kasih sayang emak mentua kepada anak-anak,sekalian menantu dan cucu-cucunya.kerana itu emak masih cuba memujuk saya,dan siapalah saya untuk berkeras kepala semasa menyusun tapak untuk bertandang menyertai keluarganya.
saya hargai penjelasan emak dan ia cukup lapang buat hati saya.
saya melangkah,disatukan isteri didepan rumah dan kami melangkah masuk kedalam rumah "cepat,cepat! jangan lama-lama duduk sekejap sahaja!' kata ipar2 saya semasa kami didudukkan dia atas kerusi berhias.Saya sebenarnya tenag sahaja.Mungkin mereka bimbang saya akan 'meletup' kerana tahu sayatidak suka upacara ini.Duduk seketika,ahli keluarga mengambil gambar dan kami bangun semula menuju ke meja santap untuk makan bersama.
Seperti kata abg danial dalam rancangan cari menantu,seorang pengantin bukan sahaja berkahwin dengan pasangannya,tapi turut berkahwin dengan ahli keluarga pasangannya.Maka soal ambil hati dan menyesuaikan diri dengan keluarga dan sensitiviti mereka,ialah sebahagian dari tanggungjawab berumah tangga.Atas prinsip proaktif,fokuslah apa yang kita mampu kawal dan mengubahnya.Maafkan percanggahan yang ada.Maafkan kebiasaan yang ada dan cubalah untuk meminimumkan apa-apa yang agama tidak suka.
Namun kuatkan azam,kukuhkan keyakinan agar generasi kita yang tersepit antara agama dan adat ini, tidak mengulanginya ketika hari kita menyambut menantu.Jika anak-anak muda yang idealistik dengan kefahaman Islam mahu bertegang leher menjelang hari perkahwinan, saya tidak ada upaya untuk berbuat apa-apa. Terpulanglah pada mereka.Namun bagi yang sedar dengan realiti,bahawa cara kita dan bakal isteri memahami Islam munkin berbeza daripada apa yang difahami oleh generasi ibu bapa,lantas mahu berteliti dan halus dalam menentukan sikap dan tindakan.maka tulisan ini adalah perkongsian pengalaman untuk dimanfaatkan bersama.Tentu sahaja contoh ini bukan contoh terbaik, namun dengan kefahaman semasa saya mencuba yang terbaik.
BUKAN SEHARI DUA
kita harus ingat bahawa rumah tangga bukanlah hal sehari dua "oh,! aku sudah bernikah,maka dia adalah isteriku,dan aku berhak penuh ke atasnya"jangan sekali-kali berfikir begitu.
Berumah tangga bukan hanya menggabungkan 2 insan tapi ia juga mempersaudarakan 2 keluarga.Didalam sebuah keluarga,ada pelbagai peringkat dan tahap seseorang di dalam menilai dan melihat Islam. Jangan pula mahu membuang adat,kita turut membuang adab.Jangan pula pada hari kita menyambut menantu,kita hilang pertimbangan.Jangan kerana menegakkan agama kita hilang budi bahasa.Jangan ketika masih di rumah orang kita masuk jalan bertempang.
Tunggulah hari kita 'menyambut menantu'.segala kesulitan yang kita hadapi dalam menekuni kesulitan belenggu antara adat dan agama, jadikan ia sebagai satu teladan.KITA ADALAH GENERASI JAMBATAN ANTARA ZAMAN ADAT DAN ZAMAN SYARIAT.Tersepit dan keliru dalah habuan untuk generasi ini,Namun belajarlah untuk menelitinya.Agar tiba hari kita mengatur perkahwinan suatu hari nanti,anak-anak kitalah yang dapat menikmati Islam yang ringkas,namun kekal indah dalam syariat Islam..
"Melihat medan pernikahan sebagai medan untuk memberi,menjadikan kita lebih memikirkan soal peranan (tanggungjawab) berbanding soal tuntutan hati (hak) yang tiada berkesudahan,kerana medan pernikahan bukan cinta semata-matatetapi ia juga adalah kombinasi peranan dan tanggungjawab"
No comments:
Post a Comment