Pada malam yang hening,sedang Fatimah tidur lena disisi pembaringan,terasa terdengar orang menangis teresak-esak,beliau amat kenal suara ini,tidak lain tidak bukan itu adalah suara suami tercinta khalifah Umar Abdul Aziz,
Fatimah membuka matanya sambil melihat di hujung pembaringan,dan mendapati umar sedang meletakkan kedua tapak tangannya ke muka di samping itu melihat air mata umar mengalir deras.
Melihat keadaan umar sedemikian,sebagai isteri pendamping suami,Fatimah menghampiri Umar..
"mengapakah kekanda menangis begitu kuat sekali?"tanya fatimah dengan lemah lembut..
"adakah kekanda menangis kerana ketindaksanggupan kakanda memegang jawatan khalifah ini?"soalan kedua terpacul dengan kelembutan memujuk dari bibir fatimah sifat seorang isteri solehah.Umar melihat wajah isterinya dengan linangan air mata dia menjawab "ya,benar" ringkas jawabannya tapi sarat dengan perasaan seorang hamba yang sentiasa melihat dirinya sebagai hamba Allah yang kerdil dan tidak berdaya memenuhi tuntutan hamba Allah.
Umar diam sejenak dan menundukkan mukanya sambil merenung ke arah tikar sembahyang dan menyambung "adinda,tinggalkanlah kekanda bersendirian dahulu di sini"..Fatimah diam,tetapi masih tidak berpuas hati dengan jawaban suaminya yang boleh disifatkan terlalu ringkas.
"mungkin kekanda boleh menceritakan apa yang sedang kekanda fikirkan"..Fatimah bersuara lembut dengan nada memujuk.
Dalam linangan air mata Umar menjawab "aku dibebankan dengan satu amanah menjaga rakyatku yang tidak kira apa warna kulit mereka,apakah mereka miskin atau kaya,sungguh aku tidak mampu memikul amanah ini"Esak Umar semakin kuat dan dia menyambung "hanya Allah sahaja tempat aku mengadu,aku berharap nabi Muhammad akan menjadi saksiku di akhirat nanti.."ungkapan Umar penuh pengharapan di ikuti dengan tangisan yang semakin kuat kedengaran. ''Aku takut jika tidak dapat menjawab di hadapan allah kelak,aku takut jika nabi Muhammad tidak mahu menjadi saksi terhadap pengaduanku malam ini"sambung Umar denga tangisan yang mengesankan jiwa orang yang mendengarnya..Mendengar aduan Umar isterinya Fatimah juga turut menangis.."pergilah wahai adinda,tinggalkan kekanda sendirian di sini mengadu nasib di hadapan allah tuhan yang kekanda rindui.." sambung Umar ringkas
(T_T)
No comments:
Post a Comment