Tanpa Kenal Lelah dan Jemu..Sampaikanlah Firman TuhanMU

Sunday, October 24, 2010

alam sebagai sifu


Antara sifat mukmin sejati
sentiasa bersyukur pada Ilahi
memadai dengan nikmat yang diberi
tak lalai menunaikan tanggungjawabnya

inilah sifat mukmin yang sejati
hatinya rasa sungguh derita
bila tercebur ke dalam dosa
lantas ia terus bertaubat
mohon maghfirah dari Ilahi
andai bersalah sesama manusia
segera ia mohon kemaafan

inilah sifat mukmin yang sejati
sabar menempuh segala ujian
apa yang di damba hanya redha tuhan
belapang dada dengan manusia
hanya menginginkan kedamaian
akhlak mulia menjadi pakaian
Quran dan sunnah menjadi panduan

inilah sifat mukmin yang sejati
cinta kasihnya hanya pada Allah
tidak sekalipun merasa gundah
derita melanda terasa indah
setiap masa dalam beribadah
menuntut ilmu jadi tradisi
hidup matinya untuk Ilahi..

salam mahabbah untuk pencinta Ilahi..masih ingat pesanan umi melalui tulisan tangan beliau,"tafakur adalah makanan iman,pembuka nur bagi jiwa.." benar!! dengan fikir dan zikir..hati jadi lapang mencetuskan muhasabah..teringat masa tingkatan 6 di sekolah SMA Papar, saya bersama dua orang sahabat (tini dan nur)setiap petang suka 'melepak' di belakang surau yang menghadap ke pantai, 'lepak muhasabah'..suasana SMA Papar sangat cantik,cantiknya adalah seni Ilahi menghias alam dibumi papar,sungguh menenangkan jiwa..nur yang membawa kami untuk bermuhasabah dengan alam..merenung dan berfikir tentang kejadian langit dan bumi..tiada yang diciptakan dengan sia-sia,."fitri,tini..cuba lihat awan, mentari dan laut yg bergelora..alam2 ini semua tunduk pada perintah Allah tanpa mengeluh dengan tugas mereka kan!..beza dengan manusia".."lagi satu,berbicara dan mengadu dengan Allah ni,umpama seorang kekasih mengadu dengan kekasihnya.,seronok bila ada yang mendengar dengan penuh setia kan!maka Allahlah yang paling setia mendengar aduan hambanya"..kami terdiam memikirkan kalam muhasabah sahabat kesayangan yang seorang ni, subhanallah, cantiknya hati sahabatku ni..dalam diam saya mengaguminya..bermula saat itu saya suka bermuhasabah dengan Alam..kelainan hati yang saya hadapi sungguh berbeza,cuba mendidik diri menjadi sufi & haraki yang seiring..walaupun masih langkah masih bertatih,,saya pelajarinya dari sahabat dan umi (walaupun kami hanya di temukan di alam maya..) dan kini saya sangat merindui mereka,usia pertemuan kami tidaklah lama,tapi kemanisan sangat terasa..semoga Allah meredhai kalian. dalam damai hati mengingati sang kekasih..kalian pun datang bertandang difikiran..teman yang mengingatkan saya pada Allah.

Masa pulang dari Perlis tadi,menaiki motor,melalui jalan kampung..saujana mata memandang melihat indahnya ciptaan Ilahi,menggamit memori 'lepak muhasabah' saya bersama sahabat-sahabat..di iringi dengan dendangan lagu Mukmin sejati (lagu di atas)..lagu tu didendangkan oleh Amal..sungguh hati saya sayu bila dengar lagu tu..menahan air mata dari tumpah..belum lagi mampu memiliki ciri-ciri mukmin sejati,tanggungjawab sabagai hamba,sabagai ummat baginda,sebagai anak,sebagai da'i,tanggujawab sebagai adik,sebagai pelajar dan sebagai sahabat..masih lagi tempang rasanya..sedangkan diri ini bakal melalui perjalanan yang jauh lebih panjang di akhirat sana..

KEKASIH ku mohon..pimpinlah tangan hamba agar tidak lemas dengan dunia yang menipu..pimpinlah hati hamba agar terus setia bersamaMU..

1 comment:

  1. wahai sahabatku....
    jangan futur walau kami bukan disisimu..
    kerana DIA lebih berhak berada disampingMU...
    hanya yang terpilih merasa manisya ukhwwah itu....pandanglah kehadapan pelajari walau dari sesiapaun tentang makna hidup sebenar...hidup LURUS KERANA ALLAH....
    selami hati yang sentiasa menjadi milik ILLAHI..disitu ada jawapan yang sedia menanti...

    ReplyDelete