Tanpa Kenal Lelah dan Jemu..Sampaikanlah Firman TuhanMU

Thursday, November 25, 2010

Kamu Sentiasa Layak Di Uji


Hamba yang lupa dirinya hamba,tidak bersedia untuk menerima ujian.Dalam taatnya,dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya di uji. “apa salah anak saya.Mengapa dia mati,bukan saya?!” kata-kata manusia yang terlupa,terlupa bahawa dirinya dan ahli keluarganya adalah milik mutlak Allah,pemilik mutlak ala mini.Terikatkah Allah kepada peraturan kita bahawa anak yang sepatutnya menghantar ibu bapa kekubur dan bukan sebaliknya?

AYAT-AYAT CINTA

“Oh..novel ini sangat bagus,ia panduan bercinta menurut islam”,komen gadis-gadis islamik yang jatuh cinta dengan karya Habiburrahman El-Syirazy.

Mana mungkin Habiburrahman menulis novel hanaya untuk membentang soal cinta sahaja! Saya bukan seorang pembaca novel,tapi dek kerana gahnya karya ayat-ayat cinta ini,saya gagahkan jua membacanya.Sungguh luar biasa.Filemnya juga ditonton bukan sekali tetapi dua.

Tetapi saya tidak melihat novel ini klimaksnya ialah cinta,saya tidak mabuk cinta membaca ayat-ayat cinta.Sebaliknya jiwa saya remuk meneman Fahri ketika mendekam dalam penjara,kerana situlah mesej teragung yang sepatutnya,di angkat sebagai muhasabah terbesar didalam jiwa.

Sama ada rakan sepenjara Fahri itu adalah professor Abdur Rauf yang dinukil novel,atau lelaki gila tanpa nama didalam novel ni.ungkapannya bagai panahan litar menampar pipi fahri,juga saya yang membacanya “Allah sedang berbicara padamu,tentang SABAR dan IKHLAS..SABAR dan IKHLAS itulah ISLAM.

Ya,kesalahan Fahri ialah sangkaan pada dirinya,bahawa setelah hidup dalam ilmu dan ketaatan beliau tidak layak di uji.Beliau itu bersih,suci seperti yang dimahukan Allah.Apatah lagi ujian ialah satu yang bertentangan dengan nilai hidupnya.Mana mungkin seorang yang begitu bersih daripada menggauli seorang yang berlawanan jantina,tertuduh dengan sebusuk-busuk perkara,merogol Nora?

“Apa salah saya pada Allah?”soalan seorang manusia bernama fahri yang tertipu dengan dirinya sendiri.

“istighfar!Allah sedang memberitahumu jangan sombong!ingat siapa dirimu” bicara waras seorang gila.itulah beban ayat-ayat cinta,Bahawa seorang Fahri adalah mempotretkan keelokkan pada ilmu,pada amal,pada ibadahnya,kepada Dia.Tapi ikhlas dan musuh ikhlas itu sulit dan tersembunyi,bagai semut Hitam merayap di atas batu pada malam hitam yang gelap gelita.

MUSIBAH ITU ADA TUJUANNYA

Agar keikhlasan itu dapat di rasa,datanglah segala musibah untuk berbicara,dalam bentuk yang luar bayangan dan jangkaan kita,kerana kita manusia yang lupa,bahawa kita semua adalah HAMBA,status yang menjadikan kita sentiasa layak di uji.dan di perlakukan apa sahaja oleh Pemilik kita (dengan selautan hikmah).masakan kita lupa bahawa sujudnya kita adalah kerana kita hamba,milik Dia.

Lulus ujian itu,meningkatlah darjat kita.Daripada seorang hamba yang kurang baik kepada hamba yang lebih baik,tapi masih tetap seorang HAMBA.

Buruk sangka,tidak mencari ‘bicara tuhan’ disebalik musibah dan berantakan menyelaputi jiwa,binasalah kita,sebinasa-binasanya.

Seorang lelaki yang baik,menjaga iman dan amal soleh,di fitnah berzina?

Seorang isteri yang baik dan taat,melakukan kebaikan untuk kesempurnaan rumah tangga,dihadapkan dengan suami yang khianat bermain kayu tiga?

Seorang suami yang bertanggungjawab,melakukan kebaikan kepada rumah tangga tak berbelah jiwa,di uji dengan isteri dan anak-anak yang kufur nikmat bernafsu rakus meminta dunia?

Seorang anak yang datang dari keluarga yang bahagia,berdepan dengan keluarga mertua yang mengundang sengsara?

Seorang ibu dan bapa yang menjaga hal ehwal dan akhlak anak-anaknya di uji dengan salah seorangnya menjadi palesit menconteng arang ke muka?

Mengapa semua ini berlaku? Itulah bicara Allah kepada kamu..

Kamu pernah mendakwa kamu menjaga pergaulan KERANA DIA

Kamu mendakwa bahawa kamu mentaati suami dan menjaga kebajikan KERANA DIA

Kamu mendakwa bahawa kamu memelihara isteri dan anak-anak KERANA DIA

Kamu mendakwa bahawa kamu menjadi anak yang baik adalah KERANA DIA

Kamu mendakwa bahawa kamu adalah ibu bapa yang menjalankan tugas dengan baik KERANA DIA

LUPA

Tetapi kamu terlupa ;

Ketika kamu tidak bergaul bebas,menjaga hubungan,dan berakhlak baik, kamu TERLUPA PADA ALLAH sehingga kamu menyangka kamu seharusnya dapat yang baik-baik sahaja dalam hidup ini,bukan celaan,bukan hinaan.Lelaki yang baik harus lancer memiliki perempuan yang baik

Ketika kamu mentaati suamimu,menjaga keperluannya, KAMU TERLUPA kepada Allah dan meletakkan jangkaan bahawa mencintai,sama dengan memiliki,dicintai sama dengan dimiliki.

Tatkala kamu menjaga isteri dan anak-anakmu,kamu memberinya bakti KAMU TERLUPA kepada Allah hingga kamu sangka itu semua jasa,dan jasa mesti dibalas budi.

Ketika kamu menjadi anak yang soleh,KAMU TERLUPA pada Allah dan kamu sangka kebaikanmu menjadi jaminan.mustahil anak yang baik dikeji manusia ibu dan manusia bapa,meskipun mereka hanya mertua.

Semasa kamu mendidik anak-anak sebaik-baiknya KAMU TERLUPA kepada Allah lalu mengharap kebaikanmu dikenang dan dibalas sehingga terlupa niat kamu berkaitan Dia

BAIK DAN MUKHLIS

Garis yang memisah di antara manusia yang berlaku baik dan dan berlaku ikhlas adalah sangat tipis.Justeru datanglah ujian itu untuk menzahirkan keikhlasan

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka hanya dibiarkan dengan hanya berkata : “kami beriman”,sedang mereka tidak di uji? (al-ankabut 2)

Maka lelaki soleh difitnah zina, isteri solehah yang dikhianati suami,Suami soleh yang dikufuri isteri dan anak-anak,anak soleh di sakiti ibu bapa(baik yang kandung atau mertua),ibu bapa solehin yang dikecewakan anak dengan perlakuan buruknya..

Bicara untuk menyedarkan kamu,bahawa hati kamu harus puas kerana mengikhlaskan kehambaan kepadaNYA,bahawa sebaik manapun jiwamu tanpa JIWA HAMBA tidak akan bermakna.

HAMBA sentiasa sedar dirinya dimiliki dan tidak memiliki

HAMBA sentiasa sedar dirinya sentiasa layak di uji

HAMBA sentiasa sedar bahawa dirinya sentiasa layak di uji

dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan Allah,lalu Allah menjadikannya lupa tentang diri mereka.mereka itulah orang-orang fasik dan derhaka” (al hasyr :19)

KITA SENTIASA LAYAK DI UJI

KERANA KITA HANYALAH HAMBA

JUSTERU HANCURKANLAH RASA MEMILIKI….

*Buku BERCINTA SAMPAI KESYURGA

No comments:

Post a Comment