Tanpa Kenal Lelah dan Jemu..Sampaikanlah Firman TuhanMU

Tuesday, December 14, 2010

Lipas??

salam muhasabah..hari ini nak membawa sahabat-sahabat untuk bermuhasabah sejenak dengan seekor lipas..saya ambil daripada seorang rakan maya di dalam FB..membacanya membuatkan saya tersenyum sendiri, hmm.. (^_^)..tapi ada benarnya..


*Assalamualaikum

Saja suka2 je ni...selingan

Ramai persoalkan saya, kenapa bubuh profile lipas?

Lipas sinonim dengan busuk, kotor, keji, ganggu rumah (khususnya dapur). Itu belum lagi sentuh aspek kesihatan.

Tak tahu la sama ada betul atau tidak, ini jawapannya

1- lipas mudah masuk Syurga, kerana cepat je proses hisab
2- sebusuk2 lipas, dia tak busukkan lipas lain, kerana mereka semua sama busuk
3- sekeji2 lipas, dia tiada akal untuk klasifikasikan amal-mungkar dalam hidup dia
4- lipas hanya makhluk Allah, dan dia hanya ikut proses seekor lipas, apa Allah suruh, itu sahaja dia buat, tiada bantah
5- lipas tak kacau hidup lipas lain, mereka sama2 hidup dalam koloni lipas dan menjaga koloni mereka
6- walaupun lipas ganggu kesihatan manusia khususnya, tetapi lipas tak jangkitkan penyakit itu kepada lipas lain, kerana itu sudah memang alam mereka
7- paling utama, lipas tiada PHD sesama lipas, tidak bermusuh sesama lipas

Semak diri kita, adakah kita lagi bagus dari lipas, atau sebaliknya?
Kita ada akal, adakah kita gunakan elok2 akal ni atau merosakkan lagi alam ni?

Adakah kita yang merawat manusia, atau kita sendiri menjangkiti penyakit itu kepada insan lain?
Adakah kita yang memanusiakan manusia, atau kita sendiri menghaiwankan orang lain?

Entah2 nanti di sana, lipas terlebih dahulu melambai kita dari Syurga.
Tugas lipas hanya sebagai lipas, tetapi kita yang manusia ni terlalu banyak tugas dan tanggungjawab selama kita hidup ni.

Jadi, jum sama2 rawat dunia yang kian sakit.

Sekadar renungan...

peace..(^_^)


*Credit untuk QZ..

P/S : orang yang merendah diri boleh belajar dan mengambil iktibar dari semua perkara dan benda bahkan haiwan sekecil lipas..:D

1 comment:

  1. inginkah kamu jadi lipas? Lipas tidak masuk syurga kerana binatang tiada pertangungjawaban. Sejelik jelik manusia, manusia tetap mulia selagi tidak syirik pada Allah.

    ReplyDelete