صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْلَهُ “.
Maksudnya :
“ Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya“.
"kadang-kadang bapa selalu menangis sendiri,memikirkan kalau bapa sudah menghadap Allah,siapalah yang akan kirim alfatihah di sana nanti,tapi bapa tak risau sebab bapa ada kamu"..
Teringat perbualan bersama ayahanda semalam,dalam tawanya ada esak yang kedengaran..saya tahu rindu itu datang bertandang lagi di hatinya, hati jadi gundah seketika..makin hari usia beliau di mamah senja,semakin hari anaknya ini juga makin membesar..doa saya di sujud terakhir..puaskanlah hati ayab bonda saya dengan nikmat iman dan islam,moga saya dapat menjunjung firman Allah yang tertinggi,agar dapat memperlakukan kedua-duanya dengan sebaik-baik perlakuan layaknya sebagai seorang anak ..
No comments:
Post a Comment