Tanpa Kenal Lelah dan Jemu..Sampaikanlah Firman TuhanMU

Tuesday, February 1, 2011

Gelombang Kebangkitan Rakyat Di Tunisia,tidak mustahil akan merebak ke Malaysia

Bermula dengan Revolusi Islam Iran pada 1979, diikuti kebangkitan rakyat Palestin bersama Hamas melancarkan Intifadhah pada 1986, juga kejayaan parti AKP Turki mengambil-alih tampuk pemerintahan negara sekaligus membebaskan rakyatnya dari cengkaman dan fahaman sekular sesat, disusuli kejayaan Hizbullah di Lubnan menghalau tentera Israel pada 2006, dan hari ini kita menyaksikan sendiri kebangkitan rakyat terus berlaku di mana saja. Yang terkini berlaku di Tunisia hingga tergulingnya pemerintahan 23 tahun rejim zalim Presiden Zine El Abidine Ben Ali. Tanpa diduga revolusi di Tunisia ini telah menular ke Timur Tengah dengan pantas.


Mohamed Bouazizi telah bertindak membakar dirinya di luar bangunan pejabat majlis perbandaran sebagai protes di atas segala bentuk kezaliman pihak berkuasa terhadap dirinya sejak zaman kanak-kanak lagi.

Di Tunisia, segala-galanya bermula apabila seorang pemuda terpelajar yang menganggur sedang menjual barangan tanpa mempunyai permit, lalu dia ditahan polis dan barangannya dirampas. Pemuda ini bertindak membakar diri kerana membantah dan dia akhirnya meninggal dunia. Permulaan inilah yang memercikkan api kebangkitan rakyat yang menukar lanskap politik Tunisia.


Peniruan perbuatan ini berlaku di Mesir dan di Algeria, apabila saorang anak muda di Mesir dan di Algeria cuba membakar diri masing-masing sebagai tindakan memprotes situasi politik dan ekonomi di kedua buah negara umat Islam itu. Ia menandakan bahawa rentetan tragedi berdarah di Tunisia menyeberangi melampaui sempadan Tunisia, mengheret seluruh Jazirah Arab.

Dilaporkan demonstrasi luarbiasa ini adalah antara yang terbesar pernah berlaku di Mesir sejak himpunan rakyat 2003 menentang perang Iraq dan himpunan menuntut pilihanraya bebas dan reformasi masyarakat.

Kuasa rakyat berjaya menumbangkan pemerintahan Ben Ali selama 23 tahun. Ben Ali memerintah secara autokratik sejak rampasan kuasa tanpa menumpahkan darah pada tahun 1987. Regim Ben Ali selama pemerintahannya menyekat aktiviti politik pembangkang dan ramai penentang-penentang politiknya dipenjarakan.

Namun, perlu diingat bahawa rakyat Tunisa telah menumbangkan Kerajaan Tunisia yang dipimpin oleh Zine el Abidine Ben Ali bukannya menumbang sistem pemerintahan sekular. Kerajaan sekular harus dihancurkan dengan melumatkan sistemnya bukannya individunya.

Pada 7 November 1987, bersama rakyat dan tentera, Jeneral Ben Ali menjatuhkan Presiden Habib Bourguiba, seorang sekularis-nasionalis yang berjuang menuntut kemerdekaan daripada Perancis. Walaupun Habib Bourguiba tumbang, sistem sekular tetap utuh di bawah Ben Ali.





Kebangkitan ini dengan demonstarsi besar-besaran rakyat memenuhi jalanraya berlangsung di Tunisia. Mesir. Algeria, Kuwiat, Jordan dan lain-lain negara umat Islam. Ia fenomena yang membimbangkan negara-negara diseluruh Semenanjung Arab.

Revolusi Mesir yang bermula pada selasa lalu juga dijangkakan mampu menumbangkan Mubarak,Diktator yang memerinyah Republik itu dari 1981,jika ia diteruskan beberapa hari lagi,Protes di Mesir di gelar hari kemarahan kini berlangsung di 11 dari 28 wilayah di negara dengan 28 juta orang penduduk.Rakyat Mesir dihimpit kemiskinan tegar,kadar pengangguran yang begitu tinggi dan Serta rasuah kronik yang sepanjang pemerintahan sang diktator itu,di anggar mempunyai harta AS$ 40 bilion (RM120 Bilion) sedangkan 22% rakyatnya miskin tegar.

Negara-negara ini bimbang teori domino bakal berlaku. Selepas Tunisia akan muncul kebangkitan rakyat di negara mereka. Reaksi dari kebangkitan di Tunisia dan mesir mulai di rasai di Kuwiat, Algeria, Jordan apabila rakyat negara-negara ini berhimpun berdemonstrasi menggerakkan perjuangan kebangkitan rakyat.

Hakikat yang perlu disedari ialah bahawa tiada mana-mana kuasa pemerintahan yang akan bertahan sampai bila-bila kecualilah kekuasaan kerajaan Allah SWT. Apatah lagi sekiranya pemerintah itu bertindak zalim terhadap rakyat dengan menafikan hak rakyat, sekaligus menidakkan peluang rakyat dalam sesebuah negara untuk membuat perubahan melalui demokrasi yang adil.

Dari peringkat global, sama-sama kita menyoroti realiti fenomena kebangkitan Islam di kampus suatu ketika dahulu. Di kampus universiti tempatan gerakan mahasiswa Islam mempunyai jaringan pengaruh yang kuat termasuk menguasai MPP di beberapa buah kampus universiti. Fenomena kebangkitan Islam sangat ketara di kampus universiti tempatan sehingga digelar sebagai 'fenomena pondok' apabila pemimpin-pemimpin kampus mengenakan ketayap dan berserban dalam penampilan manakala trend bertudung labuh, memakai purdah sangat popular kepada mahasiswi.

Gerakan mahasiswa Islam di kampus telah membentuk jaringan mereka yang dikenali Gabungan Mahasiswa Se-Malaysia(GAMIS) pada tahun 1990 yang dipimpin oleh Yusuf Abdullah, Presiden PMIUM dan mempunyai reputasi yang baik dalam memperjuangkan isu-isu dalam dan luar negara. Kehadiran GAMIS dalam persada politik dan dakwah pelajar telah berjaya mengisi kelompongan radikalisme pelajar.

Ayuhhh, kembalikan zaman kegemilangan pemerintahan mahasiswa Islam di kampus seluruh Malaysia.

Jika rakyat Tunisia boleh melakukannya dan rakyat Mesir telah bangkit, mengapa kita tidak?

"Tegakkanlah negara Islam dalam hati kamu, nescaya ia akan tegak berdiri di atas bumi negara kamu"

*ABDUL RAZAK B. OOMAR
NAIB PRESIDEN (KORPORAT & PENGANTARABANGSAAN)
(LAMAN GAMIS)

1 comment:

  1. Ar Rayah World News

    Pasti !!! Masjidil Al-Aqsa, Palestin Akan Dibebaskan

    http://ibnuyassir.blogspot.com/

    ReplyDelete