Tanpa Kenal Lelah dan Jemu..Sampaikanlah Firman TuhanMU

Wednesday, May 25, 2011

KUIN : Prosiding Selesai – 5 Digantung Semester, 1 Didenda


KUIN, 25.5 : Proses perbicaraan terhadap enam pelajar Kolej Universiti Insaniah, Kedah telah selesai sebentar tadi.
Perbicaraan yang dilakukan atas pelbagai kesalahan itu telah pun diketahui keputusannya. (Laporan Lengkap Kes)
Lima daripada enam pelajar yang dibicarakan oleh barisan jawatankuasa tatatertib KUIN telah digantung pengajian mereka serta-merta manakala seorang pelajar lagi telah didenda.
Berikut adalah keputusan perbicaraan :


1) Mohd Faiz B. Mohd Arshad – Digantung 2 semester pengajian.
2) Mohd Azlan Bin Mat Zain – Surat Amaran dan digantung 1 semester.
3) Ahmad Remi Bin Mohd Arof – Surat Amaran dan digantung 1 semester.
4) Mohamad Farhan Bin Mohamad Baharin – Surat Amaran dan Denda RM100.
5) Zukhilatif Bin Marzuki – Surat Amaran dan digantung 1 semester.
6) Muhamad Aiman B. Che Abd Razab – Surat Amaran dan digantung 1 semester.

Enam mahasiswa Kolej Univerisiti tersebut dibicarakan kerana didapati terlibat dalam demonstrasi berhubung isu Tahfiz.Demonstrasi tersebut bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi (Asrama pelajar Tahfiz).
Mereka membantah pembinaan di kawasan tersebut dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.Dan, mahasiswa kolej universiti tersebut menuntut supaya Sekolah Insan Bestari ini dipindahkan agar tidak mendatangkan masalah kepada Pelajar Tahfiz di kediaman Ar-Razi.Sementara itu, Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIN (MPM KUIN) dalam kenyataannya menyatakan bahawa berbicaraan kes itu berlangsung dalam keadaan yang amat meragukan dan ternyata satu pencabulan terhadap demokrasi kampus.“Satu pencabulan & pembunuhan demokrasi kampus kepada mahasiswa.”

Mendengar berita sahabat dari bumi kedah,hati jadi hiba..hanya doa yang mampu mengiringi langkah juang kalian. Mahkamah ciptaan manusia mungkin tidak bersikap adil,tapi mahkamah Allah itulah sebaik-baik pengadilan..Teringat ayat pemujuk Allah 'dan kami akan teguhkan hati mereka yang berdiri,lalu berkata tuhan kami adalah tuhan langit dan bumi,kami tidak menyeru tuhan selain dia' (surah kahfi ayat 14) *berdiri dalam ayat ini adalah bangun menghadap raja yg zalim..Aku yakin kalian pasti teguh..seteguh karang =)

No comments:

Post a Comment