Hidup Ibn Sedar..Jumpa tuhan tak jumpa agama,itu terjemahaan ringkas tentang hikayat seorang lelaki pada zaman Andalus. Namanya Hayy Ibn Yakqhdan.Anak muda yang tercampak kesebuah pulau asing,dan sejak kecil dia bersendirian tanpa pernah bertemu dengan manusia lain. Ala-ala kisah Robinson Crusoe kurun ke 18.
Hayy Ibn Yaqhdan tak pernah tau apa itu agama,dia membesar dengan belajar hokum alam disekitarnya.Belajar mengajuk cakap binatang,belajar berkomunikasi dengan mereka dan dengan mematuhi hukum alam itu dia selamat.Namun dalam diri Hayy ada satu unsur yang kuat untuk dia melihat apa yang tersirat disebalik yang tersurat.Unsur yang membolehkannya berfikir tentang kuasa agung disebalik semua material yang mengelilinginya.Semua ini tidak bermakna kecuali dihubungkan dengan kuasa agung itu.
Hayy tersu menelaah kehidupannya sampai dia berasa yakin bahawa TIADA KEBAHAGIAAN DALAM HIDUP INI KECUALI BERTAFAKUR DAN MERENUNG KUASA AGUNG ITU,Dialah Tuhan.
Hayy hidupnya begitu.Dorongan fikir dan renungan terhadap Allah melalui mesegNYA disampaikan melalui ciptaan Allah memaksa Hayy dengan sendirinya untuk tunduk Rukuk,malah sujud rebah ke bumi. Terasa benar siapa dirinya hingga tersungkur didepan DIA.
Segala-galanya bberubah apabila Hayy dikunjungi pertama kali oleh lelaki dari negeri bertamadun dan lelaki itu bernama Absal. “Manusia apakah ini yang hidupnya bersendirian,bersalut bulu angsa untuk menyembunyikan anggota sulitnya’’ Absal terkejut melihat Hayy.
Setelah puas meyakinkan Hayy bahawa kedatangannya tidak membawa apa2 maksud yang tidak baik,Absal dan Hayy bersahabat karib. Pada renungan Hayy, biarpun Absal beragama dengan ‘agama itu’, Cara Hayy berhubung dan bertafakur dengan tuhannya selari dengan agama Absal. Namun akhirnya mereka berdua akur bahawa agama Hayy itu lebih asli berbanding amalan Absal yang hanya berorientasikan ritual semata. Atas kesepakatan ini , absal membawa Hayy kenegerinya yang bertamadun unyuk memperkenalkan ‘agama tulen’ si Hayy.
Kisah ini bukan catatan sejarah Hayy Ibnu Yaqhdan dan Absal hanyalah dua watak fiksyen. Ia merupakan kisah yang dikarang oleh Ibn Tufyl di negeri Andalusia,untuk mengkritik secara kiasan masyarakatnya krtika itu. Mengapa harus dikritik? Mari kita sambung kisah Ibn Yaqhdan dan Absal…
Hayy teruja. Teruja melihat penduduk negeri Absal beribadah sepertinya. Rukuk,sujud..semua serba-serbi banyak persamaannya.
Hayy tidak lama begitu.Dia segera mengesan,bahawa segala perbuatan kaum dinegeri Absal itu hanyalah ilusi.Mereka melakukan ibadah secara kosong tanpa makna.Tidak faham kenapa rukuk,tidak tahu kenapa sujud.Justeru,Ibadah mereka tidak memberi bekas dan tiada kesan.
Kehidupan penduduk negeri itu sibuk dengan huruf2 pada teks aturan agama,tetapi mereka kehilangan roh aturan agama itu. Hasrat Hayy untuk mencari manusia pintar yang boleh menerima dan mempelajari agama tanpa namanya itu tidak berhasil.Lantas Hayy dan Absal mengambil keputusan untuk meninggalkan negeri bertamadun itu kerana pada hemat mereka,penduduk disitu tidak lebih daripada sekadar makhluk yang umpama binatang tidak berakal.
Mengapa?
Seperti binatang..hidupnya juga ada peraturan.Malah jarang sekali peraturan itu dilanggar.Tetapi binatang tidak mampu memahami maksud agama Hayy,kerana mereka tiada akal.Manusia yang mengikut peraturan tanpa akal maka binatang lah mereka. “mereka bergantung sepenuhnya pada meniru pesan nabi tanpa berusaha memahami maksud perbuatan mereka itu” simpul Hayy.
RAMADHAN
Ramadhan tiba berulang masa,ketibaannya sinonim dengan kegemilangan ummat. Ramadhan mencatat kemenangan di Badar dan pembebasan Kota Mekkah.Ramadhan mengiringi ketibaan islam di bumi andalus. Ramadhan mewarnai kejayaan Salahuddin Al-Ayyubi membebaskan Masjid Al-Aqsa dari tentera salib. Malah Ramadhan juga menyaksikan Saifuddin Qutz menumpaskan Moghul di medan ‘Ain Jolut.
Demikianlah Ramadhan dan kejayaan silam. Masikah Ramdhan intim hubungan yang gilang gemilang itu? Bagaimana ramadhan semalam? Dan bagaimana ramadhan hari ini? Masihkah Ramdhan itu satu latihan dan proses Rabbani atau hanya adat limpahan nikmat.muhasabah sebelum Ramadhan…bagaimana persediaan kita?? Moga Allah merezkikan untuk bertemu dgn Ramadhan..
Dipetik dari : Buku Transformasi Ramadhan
Dipetik dari : Buku Transformasi Ramadhan
No comments:
Post a Comment