Tanpa Kenal Lelah dan Jemu..Sampaikanlah Firman TuhanMU

Wednesday, September 21, 2011

Musafir Di Jalan Allah



Salam juang sahabat..
Berat untuk terima taklifan baru ini, tapi usaha juga naturalkan dan positifkan perasaan,
Bahawa inilah kerja Islam.

*Musafir di jalan Allah
Harus Gagah seperti  Zainab Al-Ghazali
Tanah yang gersang disuburkan dengan
Darah Jihad Dan JIWA PAHLAWAN

Bumi ini
Akan menanti dan terus menanti
Hadirnya barisan warisan perjuangan


Teman,
Medan ini,medan susah dah payah
Sesusah medan perang di zaman Anbia’
Dan penghuninya harus gagah
Segagah tamadun Islam melakar sejarah

Disinilah Kau membina jiwamu
Jiwa pembela maruah agama
Berbekalkan ilmu, berpandukan iman
ISLAM PASTI KITA MERDEKAKAN!

Hatimu perlu Cekal dan tabah
Sesabar baginda Rasulullah
Jiwamu perlu subur dengan iman
Sesubur bumi Allah yang bertuah


Teman,
Kita di ajar CINTAKAN KEMATIAN
BAGAI MUSUH CINTA KEHIDUPAN
Maka inilah tempatnya, untuk kita mengenal erti jihad dan perjuangan

Musafir di jalan Allah
Kaulah Harapan untuk Ummah melihat masa depan islam yang cerah
Sebagai ulama’, sebagai pejuang..Islam Pasti kita merdekakan!

*rindu bau Pohon TIN

No comments:

Post a Comment