سبحاناللة الحمداللة اللةاكبر
“Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya”, kata seorang mahasiswi.
“Ana memang tidak sebagus Ali, sebab itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak mem'Fatimah'kan seorang yang tidak Fatimah!”, tegas seorang mahasiswa.
Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatkannya?
Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya?
Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumahtangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah.
Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi? Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Sebelum berkahwin, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!
Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan. Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.
Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah, kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan,berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.
"BERKATA NUH: YA TUHANKU, JANGANLAH ENGKAU TINGGALKAN DI ATAS BUMI SEORANG PUN DI ANTARA KAUM KAFIRIN. SESUNGGUHNYA YA ALLAH, JIKA ENGKAU TINGGALKAN MEREKA, NESCAYA MEREKA AKAN MENYESATKAN HAMBA-HAMBA-MU, DAN MEREKA TIDAK MELAHIRKAN ANAK MELAINKAN ANAK YANG DERHAKA DAN KAFIR." [NUH:26-27]
YA TUHAN KAMI, LIMPAHKANLAH KESABARAN KE DALAM HATI KAMI DAN TETAPKANLAH LANGKAH KAMI, KUATKANLAH KAMI DAN TOLONGLAH KAMI MENENTANG KAUM YANG KAFIR ITU...AMIN...
jika diri diterima kerana kelebihan,
kau akan kecewa melihat kekurangan,
jika diri diterima kerana kecantikan,
kau akan bosan bila ia beransur hilang,
jelaskanlah niat dan matlamat,
menerima kerana agama,
baru hidup beroleh berkat
bahagia hingga kesyurga
kita 2 insan berbeza
ada cita & cinta yang sama
jadilah dirimu sebenarnya
terima diriku seadanya
berjanjilah.. dengan kemuliaan dirimu
kenalkan aku dan generasiku
kepada penciptamu
SUMBER ASAL DRPD blog satu persinggahan
No comments:
Post a Comment