سبحاناللة الحمداللة اللةاكبر
Ukhti,
Sesekali tangisilah dirimu yang sering alpa dalam Gelak ketawa temanmu..
kelak kau takkan muda tertipu dengan kegembiraan yang palsu
Ukhti,
Hayatilah kehidupan insan-insan kerdil yang BERJIWA BESAR
Akan kau temui kelemahanmu dan besarnya keaibanmu
Ukhti,
Ketuklah pintu maghfirahnya yang tak pernah terkunci
Buat hamba yang tak pernah jemu mengunjungiNYA..
Akan kau nikmati ketenangan yang hakiki..
Ukhti,
Insafilah kesalahanmu,
kerana menafikan kesalahan terhadap kekasih (RABB) adalah satu kekhilafan yang besar
Ukhti,
Pandanglah kebelakang..
Kutiplah iktibar,teladan dan laluan hidup generasi yang mendahuluimu..
Pasti kaui temui langkahmu semakin mudah menuju redha tuhan
Ukhti,
Layarilah lautan makrifat..
Disitulah kau akan temui..
Kita bukan siapa-siapa didunia ini..
Hanya abdi yang bermusafir sementara..
Asal kita dari air yang hina..
Ukhti,
Jangan pernah jemu menggali ilmu rabbani..
Akan kau insafi besarnya kejahilanmu..
Tingginya egomu..
Ukhti,
Suburkan slogan keramat disanubarimu..
CINTAKAN KEMATIAN,SEPERTI MUSUH CINTAKAN KEHIDUPAN
Insyaallah hidupmu terarah hanya untukNYA..
No comments:
Post a Comment