Tanpa Kenal Lelah dan Jemu..Sampaikanlah Firman TuhanMU

Friday, December 18, 2009

catatan perjuangan

سبحاناللة الحمداللة اللةاكبر


Aku tersenyum bila teringat episod lalu..bersama teman-teman berusaha mengasah fikrah di jiwa.Terima kasih ya Allah,dengan rahmatMu kini aku dapat merasai nikmat iman dan islam,dengan izinMu kini aku masih tetap di jalanMU,walaupun seringkali langkahku pincang, dan bersama harapanku semoga diriku & sahabatku tetap berada di jalanMu,3 Mac 2007 bertempat dipejabat PAS kawasan Tawau pada jam 2 petang..masa tu aku dalam tingkatan 5 itulah buat pertama kalinya seawal usia bergiat dalam organisasi PERPPIS aku didedahkan dengan program Parti Islam Semalaysia (PAS), duduk dalam program sedemikian rupa apatah lagi program itu melibatkan pimpinan PAS pusat cukup membuatkan aku kecut perut..kerana masa itu aku tidak faham hakikat perjuangan dan aku sering dimomokkan dengan MATA-MATA SB ketika itu.Tapi Alhamdulillah bila hikmatul qaul dari pimpinan membuatkan aku sedar akan jalan ini.dan baru semalam ku belek catatan lalu yang pernah menyedarkan aku dan ku ulang kembali bacaan & tafakurku biar jiwa ini terus membara dengan hakikat perjuangan Rasul tercinta.inilah antara pesanan YB salahuddin Ayyub mantan ketua pemuda PAS pusat :

• Jangan jadikan perjuangan itu sebagai opsyen,tetapi perjuangan adalah satu kewajiban.

“Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan atau merasa berat,dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah yang demikian itu adalah lebih baik jika kamu mengetahui” Attaubah 41

Namun berapa banyak jiwa yang menceburkan diri dalam perjuangan ini tapi masih menganggap ianya ialah satu agenda yang memenuhi masa lapang??mengimpikan yang senang-senang di jalan Allah,tapi bila di uji sedikit kegagalan,kepayahan,
Kelaparan lantas diri tercicir kerana tidak tahan..(adakah aku begini???)

“Dan sesungguhnya kami pasti akan mengujimu dengan sedikit ketakutan(kepada musuh) dan kelaparan,kekurangan harta benda,jiwa dan buah-buahan.dan berilah khabar gembira bagi orang yang SABAR” al-baqarah 155

• Jika mengikut perjuangan selain kerana Allah kita akan mudah gugur dalam perjuangan.
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya kearah perkara yang ditujuinya itu. Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim
tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : إنما الأعمال

bagaimana UBUDIYAH kita kepada Allah itulah yang menjamin keistiqomahan dalam jalan dakwah dan perjuangan ini, bukan kerana nama,bukan kerana mencari rezeki bukan juga medan mencari jodoh & bukan kerana adanya teman-teman. Seandainya kita menyertai jalan dakwah dan tarbiah ini selain Allah maka kita kan mudah gugur,kerana apa yang selain Allah itu adalah lemah,maka kita kan turut lemah..bergantung pada makhluk membuatkan kita tak yakin jika teruji dengan kesusahan.(adakah aku begini??)
• Proses membina jati diri itu ada perlu ada sifat sabar
“Dan mohonlah pertolongan pada Allah dengan sabar dan solat,dan sesungguhnya solat itu sangat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk” al-baqarah 45

Allah akan memberikan ganjaran yang sebesar-besarnya dan darjat yang setinggi-tingginya bagi orang-orang yang lulus dalam ujian dakwah,jika ujian dan dugaan yang diterima hanya yang mudah-mudah sahaja tentu ganjarannya tidak hebat,maka disitulah letaknya hikmah setiap ujian.kerana dakwah bukan sekadar menyeru orang tapi juga menyeru diri sendiri.lantaran dalam proses membina tarbiah kepimpinan perlunya sifat sabar atas segala sabar.
• Pejuang sebenar ialah yang sentiasa merasai kesusahan orang lain (masyarakat)
“seonggok manusia terkapar,siapa yang mengaku brtanggungjawab? Bila semua pihak menghindar,biarlah saya yang menanggungnya,semua atau sebahagiannya,saya harus mengambil alih tanggungjawab ini dengan kesedihan yang sungguh,seperti saya menangisinya saat pertama kali menginjakkan kaki di mata air peradaban moden ini”
Hikmatul qaul : K.H Rahmat Abdullah

• Kita wajib meletakkan keyakinan yang tinggi pada Allah
“jika Allah menolong kamu,maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu,tapi jika allah membiarkanmu (tidak memberimu pertolongan) maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu?kerana itu hendaklah dengan Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakkal" Ali imran 160

Jalan dakwah dan perjuangan tidak menghamparkan karpet merah,tidak menghidangkan yang jamuan indah-indah,jalan ini sangat susah dan sukar,namun sesukar mana ranjau yang dilalui pasti pertolongan Allah menyertai,dan kemenangan dalam jalan ini hanya akan tercapai bagi mereka yang mampu bersabar dan memandang setiap satu ujian adalah tarbiah dari Allah.terkadang hati dijerut perasaan resah mungkin berpunca dari kelemahan diri hingga membuatkan kita tidak yakin untuk melangkah gagah jalan teratur cantik,tapi bila kita meletakkan bahawa Allah tidak memandang natijah tetapi Allah memandang sejauhmana kita mahu berusaha,hati nan lara sentiasa terbujuk.beza sekali dengan yang meletakkan selain allah,diri sentiasa lemah dan paling menyedihkan diri bisa future saat mahu sampai di garisan penamat, na’uzubillah..sedangkan seorang abid yang beribadah 500 tahun akhirnya kecundang kerana merasakan diri sudah hebat didalam ibadah,apatah lagi kita yang tidak punya apa-apa..mau menyombong dengan amal yang bersalut riak atau mau berbangga dengan stain pejuang agama tetapi ternyata jiwa kosong dengan tarbiah,.maka waspadailah hati yang sentiasa berteman nafsu.

No comments:

Post a Comment