Tanpa Kenal Lelah dan Jemu..Sampaikanlah Firman TuhanMU

Wednesday, January 6, 2010

Munajat seorang hamba 2



"orang yang berjuang, akan menangis lemah disisi Allah dan Allah Kuatkan dia disisi manusia..berbahagialah walaupun payah, kerana itulah jalan ke syurga..Bukankah tahap ibadah yang paling indah,bila kita mendapat panggilan mesra daripadaNYA dan kita diterima menjadi tetamu malamNYA..kerana apa?? kerana pada saat itu,segalanya terluah pada yang esa, akhirnya bebanan jiwa bertukar menjadi satu nikmat yang sukar untuk ditafsirkan, kerana disitu terselit rahsia kehambaan, begitulah hebatnya SENTUHAN KASIH SAYANG-NYA"

ya rabbi,seringkali langkahku tersasar dari landasanMU,mungkinkah kerana 1 akal yang ada??
namun KAU tetap cinta..kembalikanlah aku kepada asal fitrah kejadianku sebagai muslimat yang menjaga "hati dan harga diri" setingginya..terima kasih atas teguran yang ENGKAU berikan ya Allah,walaupun teguran itu datang dalam bentuk yang membuatkan diri menjadi malu, lemah dan hina tapi itulah satu TARBIAH..

kala senja itu tiba,
kutermenung sendirian,
terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan,
dosa yang aku lakukan menerja ruang fikiran,
masihkah ada untukku keampunan??
gelap rasa dunia ini,
tanpa cahaya Ilahi,
baru kini ku sedari jalan yang aku lalui,
memusnah pedoman hidup,
melempar hatiku ini,
kelembah kahinaan,

Dalam kegelapan itu,
terbit cahaya dariMU,
memandu hambaMU menuju iman,
menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran,
Kau terangi jalanku menuju syurgaMU,
dan kau tunjuki dengan hidayahMU,
hanyalah padaMU ku mohon pengampunan.

Wahai yang Maha Pengasih,
bantulah hambaMU ini,
yang kian terumbang-ambing dalam arus duniawi
ku berdoa kepadaMU,
memohon limpah rahmatMU,
mentari hidupku kan bersinar kembali



"KEMBALIKANLAH AKU KEPADA ASAL FITRAH KEJADIANKU
MENJAGA MARUAH DAN HARGA DIRI SETINGGINYA"

No comments:

Post a Comment