Tanpa Kenal Lelah dan Jemu..Sampaikanlah Firman TuhanMU

Monday, January 25, 2010

salam mahabbah buat sahabat-sahabat semua..nak kongsi pesanan dari murabbiah ana buat jiwa-jiwa insan pejuang yang berjiwa hamba ;

nanda renungilah..

"sabda baginda s.a.w : sesungguhnya jibril diberi tugas menguruskan segala keperluan anak adam,sekiranya hamba yang kafir berdoa,Allah berkata kepada jibril "hai jibril,tunaikanlah keperluannya kerana aku tak suka dengar permintaannya",dan sekiranya orang mukmin berdoa, Allah berkata "hai jibril,jangan tunaikan dulu keperluannya kerana aku suka mendengar permintaanya"


"cabaran paling besar bagi diri seorang da'i ialah menolong dalam diri sendiri,yang selalu membisikkan kelemahan dan kekurangan,menarik kita secara halus agar memperlahankan langkah atau berhenti langsung"


"ihfazillah yahfazaka (jagalah Allah,Allah akan menjagamu)"

"Dipagi hening ini..tatkala alam sibuk berzikir dan bertahmid,ku buka pintu taubat lalu kujemput tetamu tawadhu',sabar dan ikhlas untuk masuk di ruang hatiku,ku sajikan dengan hidangan ubudiyyah yang tulus berlaukkan kesufian(penyucian hati)..lalu ku tunjukkan maqam untuk mereka beradu,telah ku tempatkan tawadhu' disudut keinsafan agar tiada ruang untuk takabbur dan sombong..ku tempatkan ikhlas disudut ihsan dan muraqabah sehingga tiada tempat untuk riya' dan sum'ah..ku tempatkan sabar disudut raja'(harap) agar terhindar dari anasir gelojoh dan putus asa..semoga tetamu-tetamu ini bahagia memimpin langkahku dalam pencarian yang belum berakhir..Ya Allah,berilah kami kekuatan dalam meneruskan perjalanan untuk menuju puncak ridhoMu"


ananda
andai hatimu telah nekad..mencari sinar disebalik tabir jema'ah..jangan biarkan langkahmu keliru..jangan biarkan mindamu bercelaru..carilah kebenaran berpandukan wahyu..andai kau temui taman syurga duniawi..berpaksikan cinta ukhrawi..usah berpaling lagi..teruskan gerak srikandi..nandaku, ini bukan seruan reformasi,seruan ini seruan yang diwarisi..Rasulullah mendahului..Hasan Al-Banna mengikuti..seruan amal islami,ruh tauhid,syari'ah dan tasuf..menjadi resepi perjuangn..agar seruan tak hanya tinggal angan-angan..amar ma'ruf wadah berterusan dipuncak wawasan..ISLAM dijulang..HIDUP MULIA..SYAHID IDAMAN..DUNIA DITANGAN AKHIRAT DIHATI..menjadi kata keramat..moga selamat dunia akhirat..Allhu Akbar!!!


Da'i umpama musafir,jika nak sampai kedestinasinya dengan selamat perlu ada bekalan..agar dapat merintis jalan dakwah dan tarbiah, dengan mengambil bekalan dari al-quran(baca,tadabbur,amal)..sentiasa bertafakur dengan ciptaan Allah..sering memikirkan nikmat-nikmat Allah..Juga cetuskan rasa tawadhu' dan tak ego pada kelebihan diri..malah memikirkan perkara-perkara sam'iyyat yang bakal dilalui dan memikirkan hal-hal akhirat..menghayati sirah rasulullah..ibadah solat (Al-baqarah 45)..memelihara ibadah puasa wajib dan sunat..banyakkan zikir dan doa..menjadikan sunnah sebagai ikutan..dan ingatlah selalu DA'I IALAH PENYERU BUKAN PENYURUH

UMI AHLUL KAHFI

No comments:

Post a Comment