اليوم مثل أسد في المعركة ، وأصبح الليل راهب في وجود الله daganganku di beli Allah..
Tanpa Kenal Lelah dan Jemu..Sampaikanlah Firman TuhanMU
Wednesday, February 10, 2010
Gelora Jiwa Remaja
Bila membicarakan soal gelora jiwa,semua pasti tertumpu kepada insan bergelar remaja.
zaman remaja adalah zaman jiwa bergolak dengan pelbagai mainan perasaan,keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru sehingga terkadang sasar dari tuntutan syariatullah,zaman darah muda yang bersemangat waja namun perlu disuluh dengan hikmah orang dewasa..ianya juga turut dikaitkan dengan zaman manisnya 'percintaan' dan seronoknya 'hiburan'..
Namun bila kembali kepada hakikat sebenar kita jangan lupa pada pesanan rasul junjungan, "tujuh golongan yanag akan dilindungi oleh Allah dibawah teduhan rahmatnya pada hari kiamat,salah satunya ialah PEMUDA YANG MENGGUNAKAN MASA REMAJANYA UNTUK BERIBADAH KEPADA ALLAH"..bila kita membaca sirah nabawiah,betapa tubuh-tubuh kecil pada zaman Rasulullah dan para sahabat ini,tentang hakikat keimanan yang mengalir pada diri mereka,membuatkan orang dewasa pada zaman ini menundukkan muka lantaran malu!!!
Al-Tabrani meriwayatkan bahawa Abdullah Bin Zubair R.A dan Abdullah Bin Ja'afar R.A berbai'ah kepada baginda s.a.w ketika berusia 7 tahun.ketika rasulullah melihat keduanya baginda tersenyum dan menghulurkan tangan baginda,lalu membai'ah keduanya..
satu lagi riwayat turut menjelaskan betapa tinggi pengabdian para remaja tersebut dalam meraih darjat SYAHID,darjat yang tertinggi disisi Allah..dikeluarkan daripada Ibnu Asakir daripada Sa'ad Bin Abi Waqqas R.A,katanya : Rasulullah mengembalikan adikku (Umair Bin Abi Waqqas) kepadaku dari medan pertempuran badar kerana dia masih kecil..lalu Umair pun menangis memohon supaya Nabi mengizinkannya keluar berjihad dijalan Allah.Akhirnya Rasulullah s.a.w telah mengizinkannya ( kata Sa'ad),"maka aku pun mengikat sarung pedang pada tubuhnya.dia menyertai peperangan badar,ketika itu dia mempunyai sehelai janggut yang sering ku usap dengan tanganku. Dalam kitab AL-ISABAH sebelum Umair dilarang oleh Rasulullah,dia dengan sembunyi2 cuba menyelinap dalam barisan para sahabat,apabila Sa'ad melihatnya maka ditanya dan Umair menjawab : "Aku takut Rasulullah melihatku dan aku dilarang kerana aku masih kecil,sedamgkan aku AMAT CINTA UNTUK BERJIHAD",agar Allah mengurniakan aku syahid..Ibnu Sa'ad Al-Bazar meriwayatkan bahawa Umair syahid pada sekitar umurnya 16 tahun.
Dapatkah kita selami apakah yang bergelora dihati seorang remaja 16 tahun bernama UMAIR BIN ABI WAQQAS ini?? benarlah sekali bila iman segar menjalar dalam diri seseorang remaja segalanya sanggup dikorban dijalan ALLAH,,namun sayangnya yang berlaku kini adalah sebaliknya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment