اليوم مثل أسد في المعركة ، وأصبح الليل راهب في وجود الله daganganku di beli Allah..
Tanpa Kenal Lelah dan Jemu..Sampaikanlah Firman TuhanMU
Thursday, March 18, 2010
Santapan Rohani Untuk Pejuang
أَمۡ حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ وَلَمَّا يَأۡتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلِكُمۖ مَّسَّتۡہُمُ ٱلۡبَأۡسَآءُ وَٱلضَّرَّآءُ وَزُلۡزِلُواْ حَتَّىٰ يَقُولَ ٱلرَّسُولُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُ ۥ مَتَىٰ نَصۡرُ ٱللَّهِۗ أَلَآ إِنَّ نَصۡرَ ٱللَّهِ قَرِيبٌ۬ (٢١٤
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
Sesungguhnya medan dakwah itu terhampar luas ,menjadi kewajiban kita untuk menyemai
benih-benih unggul agar tumbuh pepohon keizzahan ISLAM.Kerana Allah telah menjanjikan darjat yang setinggi-tingginya dan nikmat yang seluas-luasnya bagi sesiapa yang lulus dalam ujian dalam jalan perjuangan.Seandainya ujian yang dihadapi hanya biasa-biasa sahaja pasti ganjaran juga tidak seberapa,maka di setiap kesusahan itulah terkandung hikmah yang amat besar seandainya kita menghayatinya.Allah sentiasa memelihara jalan-jalanNYA untuk hati-hati yang benar ikhlas untuk berjuang,oleh itu perjuangan ini semestinya mengalir bersama-sama Redha Allah.
Sebagai seorang pejuang,janganlah turun beraksi (berjuang) sebagai bidan terjun,tanpa membuat persiapan rohani yang mantap dan HUBUNGAN MANTAP DENGAN ALLAH,beraksilah seiring dengan nama Allah,memohon restu Allah agar apa yang di usahakan beroleh kejayaan dan hasil yang gemilang..
Dan janganlah kerana tugas kononnya kita mengabaikan tugas asal sebagai HAMBA ALLAH, dan menjarakkan hubungan denganNYA,sebagai contoh mengabaikan solat 5 waktu dan meringan-ringankan solat berjema’ah atas alas an keletihan kerana berjaga malam dengan kerja dan tugasan yang banyak.
Konsisten dengan QIAM AL-LAIL,DHUHA, dan juga mencari-cari waktu untuk BERSUNYI-SUNYIAN DENGAN ALLAH adalah sentuhan terbaik,untuk membina kekuatan dalaman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment