Tanpa Kenal Lelah dan Jemu..Sampaikanlah Firman TuhanMU

Wednesday, May 4, 2011

Al Kisah Imam Abu Hanifah





Satu hari Imam Abu Hanifah sedang berjalan-jalan dan berjumpa seorang budak kecil memakai
kasut terompah kayu, kaki budak itu kecil tetapi kasut terompah itu besar, lalu berkata Imam 
Abu Hanifah, "Baik-baik berjalan wahai anak, nanti takut-takut kamu terjatuh, buruk padahnya."
Lalu budak itu pun tengok, memandang Imam Abu Hanifah lalu berkata dan bertanya, "Terima 
kasih pak cik nasihatkan saya, siapa nama pak cik?"...



Kata Imam Abu Hanifah, "Saya bernama Nu'man (Nama sebenar Imam Abu Hanifah : Nu'man 
ibnu Tsabit)"
Lalu budak itu bertanya, "Oh, jadi pak cik inikah yang digelar Al-Imammu 'Aqzom?" (Gelaran 
Imam Abu Hanifah Al-Imammu 'Aqzom iaitu Imam yang agung)


Kata Imam Abu Hanifah, "Ya, saya lah yang orang menggelar Al-Imammu 'Aqzam"
Lalu berkata budak itu, "Pak cik jaga-jaga, jangan sampai pak cik tersalah jalan, nanti kalau pak
cik jatuh saya khuatir pak cik terus jatuh ke neraka jahannam, jangan sombong jangan takabbur
dengan gelaran pak cik, kalau berbanding saya terjatuh sebab kerna kasut kayu ini sakitnya 
tidak berapa nak sakit berbanding jika pak cik terjatuh kerana sombong, jawabnya ke neraka."

- Menangis Imam Abu Hanifah sehari, kerana lidah budak itu adalah teguran daripada Allah...



No comments:

Post a Comment