اليوم مثل أسد في المعركة ، وأصبح الليل راهب في وجود الله daganganku di beli Allah..
Tanpa Kenal Lelah dan Jemu..Sampaikanlah Firman TuhanMU
Wednesday, April 13, 2011
Travelog Hidayah (BOB LOKMAN)
Kisah ini merakamkan kisah hidup seorang insan seni dan terlibat dalam medan dakwah sepenuh masa iaitu Bob Lokman (Abdul Hakim Lokman).Beliau di kenali sebagai penulis lirik lagu,insan seni di lahirkan dikelantan dalam suasana asuhan agama yang pekat dan likat.Tercampak di perkampungan setinggan dan terselit di tengah fenomena Rock pada dekad 1980an..
Akhirnya beliau di sapa hidayah tuhan dan kini sanggup berdada dengan sebongkah ujian,sanggup menjalani kehidupan sederhana,membuang pakaian kesombongan yang dipakainya dalam dunia seni dengan seribu sihir yang memukau.Beliau telah merasai dunia ketawa..dan kini tiba masanya beliau merasai dunia menangis bersama Gerakan islam (Parti Islam semalaysia) untuk memanggil insan lain untuk sama-sama merengkuh kasih sayang tuhan,pencipta dengan sifat ar-rahman dan arrahimnya "aku akan berjuang bersama dakwah degan panduan alim ulama'' ujar beliau lirih..
ISABELLA
*siapa yang tidak pernah dengar lagu isabella dendangan kumpulan Search..lagu ini cukup menyapa hati2 peminat rock dekad 1980an,saya juga turut meminati lagu ini..(masa kecil dulu)..bukan sebab kerana liriknya..tapi kerana abang saya meminati lagu ini, sebenarnya bukan nilai pada lagu ini yang ingin saya sentuh..tapi saya terkenangkan beliau. abanglah hero saya dan adik masa zaman kecil dulu =) 29.4.2011 beliau akan melafazkan lafaz sakinah dan akan melangkah ke alam baru sebagai orang baru,bersama orang baru..adik-adikmu disini sentiasa mendoakan kebahagiaanmu, mungkin kita tidak dapat seperti dulu pergi mengaji sama-sama, mandi sungai,panjat pokok belimbing,tangkap ayam setiap petang,pelihara burung merpati,jual tin minyak,main bola,'menyiut ikan',sonteng layang-layang,main guli..(^_^) tapi saya bersyukur ada saudara kandung seperti kalian. selamat pengantin baru bang!
kisah isabella sudah terkubur,kerana penulis liriknya telah di sapa hidayah..Alhamdulillah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment